Nama pelakon kacak, Fattah Amin semakin meningkat naik terutama selepas bergelar duda sehingga sering disambar pengasas-pengasas produk untuk menjalinkan kerjasama.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Penyelesaian Yang Terbaik Datang Daripada Doa Seorang Ibu’ – Fattah Amin
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Individu Terserempak Dengan Fattah Amin Di Surau, Netizen Sayu Tengok – ‘Mungkin Hanya Pada Allah Tempat Dia Untuk Mengadu’
Ucapan untuk ibu
View this post on Instagram
Fattah atau nama lengkapnya Abdul Fattah Mohamad Amin memuat naik sebuah sketsa hasil kolaborasi bersama usahawan yang dikenali sebagai Hanum Subri di Instagram miliknya.
Paling tersentuh adalah ucapan aktor berusia 34 tahun itu yang tujukan khas buat bonda tercintanya iaitu Azizah Abdul Ghani.
Ibu, setiap langkah along diiringi doa dan kasih ibu. tak ada apa yang mampu membalas untuk semua itu. Tetapi semoga hadiah ini buat ibu rasa dihargai.
Terima kasih sebab jadi kekuatan along. Sayang ibu, selalu dan selamanya.
Pelakon filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan tersebut bersama adik perempuannya iaitu Raihan Amin kemudian berpelukan dengan ibu mereka dan menghadiahkan sebuah beg tangan berjenama mewah.
Dalam masa yang sama, Fattah juga menitipkan nasihat tentang rezeki yang diberi Allah SWT dan kepentingan mengimbangi antara dunia serta akhirat.
Betul, rezeki tak pernah salah alamat. Kita tolong orang dapat hadiah, tapi hadiah kali ini memang lain dari yang lain.
Bila kita mudahkan urusan orang lain, insya-Allah urusan kita dipermudahkan juga.
Tak salah nak rasa nikmat dunia, asalkan kita seimbangkan dengan akhirat. Kejarlah akhirat insyaAllah dunia pun akan ikut kita.
Sumber: IG Fattah Amin