berita

[VIDEO] ‘ Tak Sangka Ini Percutian Terakhir’ – Rakan Kenang Detik Manis 3 Hari Sebelum Pemergian

February 11th, 2020 | by Shira
Kini Trending

Siapa sangka percutian ke Melaka bersama Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan atau lebih dikenali dengan panggilan Abam Bocey merupakan percutian terakhir mereka bersama. Kisah sedih ini dikongsikan seorang pengguna Facebook, Mohd Fauzi Bin Amiden yang menceritakan pengalamannya bercuti ke Melaka bersama Abam iaitu 3 hari sebelum Allahyarham pergi buat selama-lamanya.

Ini video terakhir

Menerusi video berdurasi 0:30 saat itu memaparkan Allahyarham bersama beberapa orang rakannya sedang berada di dalam kereta untuk pulang ke ibu kota Kuala Lumpur dari Melaka. Allahyarham yang duduk di kerusi sebelah pemandu dilihat berada dalam keadaan lemah kerana kurang sihat.

Menceritakan kisah itu, Fauzi memberitahu jika diikutkan cadangan awalnya mereka semua bersetuju untuk pulang ke Kuala Lumpur sebaik sahaja selepas selesai urusan mereka di Melaka.

Aku abadikan dekat sini. Ini video terakhir (7 Februari 2020) kami bersama Allahyarham Abam. Masa ni kami on the way balik KL dari Melaka.

Percutian terakhir

Tetapi Abam dikatakan tiba-tiba berubah fikiran sebelum memberi cadangan untuk bermalam dan menginap di hotel Melaka. Mereka kemudian bersetuju dengan cadangan tersebut. Tambahnya lagi, dia tidak menyangka itu adalah percutian terakhir mereka bersama Allahyarham.

Walaupun percutian itu hanya sekejap sahaja tetapi mereka sangat menghargai waktu-waktu yang diluangkan bersama Allahyarham. Tambahnya lagi, Allahyarham sangat baik dan menghargai mereka seperti ahli keluarga sendiri.

Sumber: Mohd Fauzi Bin Amiden

SKIP THIS AD ×