berita

[VIDEO] ‘Tak Sedar Pinjam Kereta Abang’ – Pesakit Mental Dibelasah Selepas Langgar Beberapa Kenderaan

August 23rd, 2020 | by Shafika
Kini Trending

Seorang lelaki yang dipercayai mempunyai masalah mental cedera teruk di bahagian muka selepas dibelasah beramai-ramai. Kejadian yang berlaku di Taman Alma Jaya, Bukit Mertajam itu berpunca apabila lelaki sakit mental tersebut melanggar beberapa kenderaan menyebabkan sekumpulan lelaki tidak berpuas hati.

Lari selepas langgar kenderaan lain

Video berdurasi lebih kurang seminit ini menyaksikan lelaki masalah mental itu lari selepas melanggar beberapa kenderaan. Dalam kejadian kira-kira 5 petang itu, mangsa berusia 46 tahun dikatakan menaiki sebuah kereta melanggar beberapa kenderaan lain menyebabkan kemalangan kecil berlaku.

Sebalik pulang ke rumahnya selepas selesai mengadakan upacara keagamaan di sebuah tokong, dia didatangi kira-kira 10 lelaki berkenaan yang bertindak memukulnya dengan beberapa objek, termasuk menggunakan topi keledar. Kejadian itu menyebabkan lelaki sakit mental itu cedera parah di bahagia muka.

Tak sedar pinjam kereta abang

Menuru Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd Samad, temu bual yang dijalankan ke atas mangsa memaklumkan bahawa dia meminjam kereta Honda dari abangnya untuk ke sebuah tokong, namun tidak sedar apa yang dilakukannya.

Bagaimanapun, mangsa secara tiba-tiba diserang sekumpulan lelaki yang tidak dikenalinya selepas dia tiba di hadapan rumahnya hingga mengalami kecederaan bahagian bawah mata kiri, atas hidung dan atas kelopak mata kanan. Kesemua suspek yang terbabit memukul mangsa kemudian melarikan diri.

Beliau berkata, siasatan lanjut bersama pihak psikiatri Hospital Bukit Mertajam (HBM) mengesahkan mangsa mengalami masalah sakit mental dan akan dirujuk ke Hospital Psikiatri, Pulau Pinang.

Berhubung kereta yang dilanggar mangsa, polis menerima dua laporan dan masih dalam siasatan. Usaha mengesan suspek yang terbabit dalam insiden itu giat dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan.

Sumber : Harian Metro

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×