berita

[VIDEO] Tak Sempat Nak Ke Hospital, Bayi Perempuan Diberi Nama Siti Noor Banjiriah

January 22nd, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Setiap ibu bapa yang bakal mempunyai cahaya mata sudah pastinya sudah mempunyai perancangan terhadap nama anak mereka. Bahkan, dalam agama Islam juga menuntut supaya penganutnya menggunakan nama yang mempunyai maksud yang baik.

Seperti kejadian di Indonesia, seorang bayi perempuan diberi nama Siti Noor Banjiriah berikutan dia telah dilahirkan oleh ibunya yang ketika itu menjadi mangsa banjir.

Siti Noor Banjiriah

Lapor Tribun News, kejadian tersebut berlaku pada pagi Rabu yang lalu, di mana seorang wanita yang sarat hamil dikenali sebagai Ernawati berhadapan detik cemas apabila dia merasakan sudah mahu melahirkan anaknya. Susulan daripada itu, datang dua orang bidan ke rumahnya yang akan menolong dan menghantar Ernawati ke tempat bersalin.

Namun, berikutan faktor banjir yang teruk di kampungnya kesemua jalan raya tidak boleh dilalui oleh kenderaan biasa. Mahu tidak mahu, mereka terpaksa bergantung kepada perahu sebagai alternatif yang lain. Ketika Ernawati menjejakkan kaki ke atas perahu tersebut, dia menceritakan sudah tidak dapat lagi menahan sakit dan mahu melahirkan anak ketika itu.

Bersalin di atas perahu

Susulan daripada itu, dua orang bidan itu tanpa membuang masa terus menolong wanita itu untuk bersalin di atas perahu tersebut. Bahkan, video proses kelahiran di atas perahu itu tular di media sosial. Jelas salah seorang bidan tersebut, Arfat, menceritakan bahawa rahim Ernawati sudah ‘terbuka’ sejurus mereka menaiki perahu tersebut.

Ketika kami datang, rahimnya sudah terbuka habis dan sudah sedia untuk melahirkan.

Keadaan Ernawati ketika itu adalah selamat dan berjaya melahirkan seorang bayi perempuan seberat 3.3 kilogram. Dia juga menceritakan sebab mengapa nama itu digunakan dan pada masa yang sama mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah membantunya.

Kerana dia (bayi) dilahirkan ketika musim banjir, jadi bayi itu dinamakan Siti Noor Banjiriah.

Sumber: Tribun News & Ponk Burger

SKIP THIS AD ×