berita

[VIDEO] Tak Sempat Panggil Bidan, Wanita Ini Lahirkan Anak Kembar 4 Seorang Diri Sebelum Semuanya Disahkan Meninggal Dunia

January 26th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Di media sosial tular satu video, di mana seorang ibu melahirkan empat bayi kembar secara bersendirian. Kejadian tersebut berlaku pada Khamis yang lalu, di Madura, Jawa Timur Indonesia. Namun, apa yang lebih menyedihkan apabila keempat-empat bayi yang telah dilahirkan itu meninggal dunia. Sedihnya!

Tiga lelaki satu perempuan

Menerusi laporan INews, wanita itu melahirkan keempat-empat anaknya tanpa bantuan sebarang bidan mahupun doktor. Difahamkan, tiga daripada empat anaknya merupakan lelaki dan seorang perempuan. Pada mulanya, hanya dua bayinya yang meninggal dunia, namun selepas empat jam dua bayinya yang lain turut meninggal dunia.

Malahan, wanita ‘cekal’ itu melahirkan anak secara normal di rumahnya sendiri. Jelas salah seorang penduduk kampung di situ, ini merupakan kali pertama kejadian seumpama ini berlaku.

Baru kali ini terjadi di desa kami seorang ibu,  melahirkan 4 bayi sekali gus.

Malahan, ada juga yang mendakwa, punca kematian bayi tersebut adalah disebabkan wanita itu beranak secara bersendirian tanpa bantuan pasukan doktor mahupun bidan.

Sumber: INews

SKIP THIS AD ×