berita

[VIDEO] Tak Tahu Nak Kasihan Ke Nak Gelak, Ini Lemang Ke Lesung Batu?

May 7th, 2021 | by Shira
Kini Trending

Tak dinafikan, lemang merupakan salah satu hidangan ‘wajib’ yang perlu ada ketika menyambut Hari Raya Aidilfitri, Boleh dikatakan setiap kali kita berkunjung ke rumah saudara-mara dan rakan-rakan, menu lemang dan rendang confirm ada!

Namun, berbeza pula yang terjadi kepada individu ini apabila niatnya untuk menikmati lemang akhirnya terbantut selepas melihat keadaan lemang tersebut.

Niat makan lemang terbantut…

Kisah tersebut dikongsikan oleh seorang individu menerusi satu video pendek yang dimuat naik di akaun TikTok, Lebai Trompet. Berdasarkan video tersebut, kelihatan individu ini mahu memotong lemang tersebut untuk dimakan tetapi lain pula yang jadinya apabila dia melihat isi lemang berkenaan sangat keras. Kerasnya itu bukan keras yang biasa-biasa tetapi keras yang langsung tak boleh dimakan.

Tidak terhenti di situ, individu ini cuba membuktikan tahap ‘kekerasan’ lemang ini dengan cara menjadikannya sebagai lesung batu dan menumbuk sebiji cili merah. Jika dilihat, walaupun sudah dijadikan ‘anak lesung’ tetapi keadaan lemang itu langsung tidak terjejas dan bunyi ketukannya kuat sama seperti bunyi lesung batu. Bayangkan bagaimana orang mampu makan dengan keadaan isinya yang keras kematu seperti itu. Memang tak terlintas dek akal!

Dapat lemang keras kematu!

@lebaitrompetXtau nak sedih ka nak happy dapat lemang macam ni..????? original sound – Atiliousss

‘Tak tahu lah nak kesian ke nak gelak’

Menjengah ke ruangan komen, kebanyakan netizen terhibur melihat situasi yang jarang-jarang berlaku mereka. Tidak kurang juga ada yang berseloroh memaklumkan mereka benar-benar menyangka itu sebenarnya adalah lesung batu dan bukannya lemang. Malah mereka turut memberi tips kepada individu ini dengan menyuruhnya mengukus semula lemang tersebut.

Sumber: Lebai Trompet

SKIP THIS AD ×