berita

[VIDEO] Takde Ayam Tapi Ada Rasa Ayam? Ini Reaksi Penggemar KFC Bila Cuba Burger Terbaru Mereka

February 12th, 2021 | by Raja Azraai
Video Popular

Siapa je yang tak suka makan KFC, mesti ramai yang suka kan? Mana taknya, KFC antara francais makanan segera terlaris di Malaysia dan tak pernah mengecewakan kita dengan setiap menu yang dikeluarkan.

Kali ni, KFC tampil dengan menu baru burger tanpa ayam. Jom tengok reaksi segelintir rakyat Malaysia bila mereka cuba burger terbaru ni. 

Fuyooo, power betul KFC Zero Chicken Burger ni! Nampak tak yang penggemar setia KFC pun tak boleh nak bezakan burger yang ada ayam ataupun tak. Memang rasa dia sama beb!

Rasa tetap sama & lazat walaupun tanpa ayam!

Beberapa tahun kebelakangan ini, pencarian sumber protein tanpa daging mendapat perhatian ramai pengguna yang lebih terbuka dengan konsep sumber daging alternatif.

Di sinilah bermulanya ciptaan konsep “tanpa ayam”, burger yang rasa seperti ayam tapi tak menggunakan ayam sama sekali. Maka, lahirlah KFC Zero Chicken Burger! Yang penting rasanya sama dan lazat.

Zero Chicken Burger memang onz!

Kalau nak tahu, KFC Zero Chicken Burger berasaskan tumbuhan dan bebas daging ayam tapi padat dengan segala kesedapan 11 herba dan rempah rahsia Colonel Sanders.

Ia menggunakan patty halal tanpa daging sebagai sumber protein alternatif berkualiti tinggi yang kaya protein, kaya serat, rendah lemak tepu dan tiada kolesterol.

Burger ini dilimpahi dengan sos Spicy BBQ dan mayonis, kepingan keju yang disusun bersama salad cincang segar, lalu diapit dengan kepingan ban bijan lazat. Perghhh, terliur pulak!

Walaupun KFC Zero Chicken Burger tanpa ayam, tapi burger ini bukan produk vegan atau vegetarian tau. Ini kerana ia disedia menggunakan peralatan memasak yang sama dengan produk KFC yang lain.

Jom dapatkannya di KFC berdekatan korang dan cuba KFC Zero Chicken Burger. Untuk maklumat lanjut, sila KLIK SINI.

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×