‘Talent’ kepada pempengaruh YouTube, Ammar Nazhan yang dikenali sebagai Izrin akhirnya membuka mulut mengenai penghasilan konten melibatkan rakan pempengaruhnya, Eyka yang hilang di hutan Indonesia pada 3 Februari lalu.
Artikel Berkaitan: Ammar Nazhan & Aras Mohon Maaf Dah Tipu Satu Malaysia, Janji Tak Ulang Kesilapan Sama
Upah polis & tentera Indonesia?
Menerusi sesi podcast bersama penyanyi rap iaitu Caprice, Izrin mendakwa Ammar telah menghabiskan wang berjumlah RM10,000 untuk membayar beberapa pihak di Indonesia demi menghasilkan konten tersebut.
Semua itu (konten) adalah lakonan dan mereka semua tahu yang Eyka akan hilang.
Manakala untuk polis dan tentera, mereka bukanlah pelakon tetapi telah dibayar untuk berlakon.
Apa yang saya dengar sebanyak RM10,000 telah digunakan untuk bayar polis, tentera dan penduduk setempat yang terlibat.
Tambah Izrin, kenyataan polis yang dikeluarkan sehingga tular dan menjadi perhatian juga merupakan lakonan semata-mata.
Kenyataan dari polis Indonesia yang ‘viral’ sehingga digunakan oleh media di Malaysia pun lakonan.
Sebelum kami mula buat sesi siaran langsung, akan ada ‘briefing’ besar-besaran supaya semua ‘well prepared’.
Macam mana polis dan tentera diyakinkan untuk berlakon itu pula di luar bidang kuasa kami. Mungkin, mereka (orang atasan) punya kerja.
Turut bayar ‘kambing hitam’?
Bukan itu sahaja, Ammar juga didakwa telah membayar pihak lain untuk dijadikan sebagai ‘kambing hitam’ dan mengaku bahawa konten tersebut merupakan bukan rancangannya.
Bila benda ini jadi terlalu besar, ‘planner’ kepada konten ini tak nak mengaku yang konten itu semua mereka yang rancang.
Jadi diaorang bayar kambing hitam, macam Mafia Indonesia yang polis Indonesia sendiri tak berani sentuh.
Setahu saya, kambing hitam tu dah dibayar tapi dia tak pernah muncul.
Terdahulu, pempengaruh dikenali sebagai Eyka telah ditemukan selamat pada malam Rabu selepas dilaporkan hilang di dalam hutan di Bandung, Indonesia.
Walau bagaimapun, Caprice kemudiannya mendakwa kejadian itu adalah rekaan semata-mata selepas penyanyi itu dimaklumkan oleh pihak agensi yang mengatakan bahawa insiden tersebut adalah palsu.
Tampil mempertahankan diri, Ammar Nazhan menafikan dakwaan tersebut dan meminta segelintir individu untuk berhenti menyebarkan tangkap layar perbualan mereka yang dikhuatiri boleh mengelirukan warganet.
Spekulasi tersebut akhirnya terjawab selepas Polis Indonesia mengesahkan konten yang dilakukan Ammar Nazhan itu adalah lakonan dan rekaan semata-mata.
Sedar akan kesilapan, Ammar Nazhan dan seorang lagi rakannya yang dikenali sebagai Aras membuat permohonan maaf secara umum dan berjanji tak akan mengulangi kesilapan itu lagi.
Sumber: YouTube Caprice