Impian jadi kenyataan, itulah ungkapan yang sesuai untuk diungkapkan kepada anak perempuan Shuib dan Allahyarham Siti Sarah iaitu Talita apabila bakal membuat persembahan di depan khalayak umum buat pertama kalinya.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Imbau Kenangan! Raisuddin Ajar Talita Teknik Menyanyi Yang Sama Dengan Arwah Siti Sarah
Artikel Berkaitan: Watie Hanifiah Dedah Azam Talita Nak Serius Dalam Bidang Nyanyian – ‘Dia Nak Masuk Kelas Vokal’
Talita tak dapat tahan sebak
View this post on Instagram
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Instagram (IG), Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, 40, memberitahu berita gembira ini sejurus Talita pulang dari sekolah.
Pada perkongsian tersebut, Talita dilihat tidak dapat menahan sebak.
Pagi tadi Azad call, dia cakap pagi Era ada buat content busking dekat Bukit Bintang.
Mereka jemput Talita nyanyi sekali.
Sebagai ayah, saya melompat keriangan.
Jadi hari ini bila Talita balik dari sekolah, panggil dia naik studio dan inilah jadinya.
Berkongsi lebih lanjut, menyanyi di hadapan khalayak ramai merupakan peluang yang diimpikan oleh Talita.
Semoga Allah permudahkan urusan Talita.
Daddy akan ada selalu di belakang. Daddy adalah peminat terbesar awak.
Esok satu family turun sokong Talita.
‘Mesti arwah ibu bangga’
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut sebak dengan reaksi Talita yang teruja dengan peluang yang diberikan. Selain itu, warganet turut merasakan Allahyarham pelantun lagu ‘Kesetiaan’ itu pasti bangga dengan bakat anak perempuannya.
Sumber: Instagram shuibsepahtu