Anak kepada pelawak dan usahawan terkenal, Shuib Sepahtu, iaitu Talita meninggalkan rasa sebak pada netizen dengan luahan isi hatinya.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Talita Terharu Terima Bayaran ‘Show’ & Review Produk, Netizen Pesan Jangan Lupa Bersedekah – ‘Kongsi Rezeki Dengan Keluarga’
Artikel Berkaitan: Individu Dedah Talita Dibayar RM5,000 Untuk Satu Jam Sebagai ‘Live Host’ Di TikTok
Kasih anak pada ibu
@nouraofficialhqSayang nya dia dengan Mummy dia. ??? aunty Noura so touching ???? original sound – NouraHQ
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Talita atau nama lengkapnya Dzahira Talita Zahra dilihat bersama ibu tirinya, Watie Hanifiah di pusat karaoke.
Pada perkongsian itu, Talita mendedahkan doa yang dipohon pada Tuhan.
Dekta doa kalau Mummy akan mati, Dekta nak mati dulu sebelum Mummy.
Walau bagaimanapun, pengakuan itu menimbulkan pelbagai rasa di kalangan netizen.
Netizen sebak
Menjengah ke ruangan komen, rata-rate netizen memahami trauma yang dialami Talita atau mesra disapa Dekta apabila kehilangan ibu kandungnya di usia masih kecil.
Sumber: TikTok @nouraofficialhq