Impian anak perempuan Shuib dan Allahyarham Siti Sarah iaitu Dzahira Talita Zahra untuk menyanyi di hadapan khalayak umum akhirnya jadi kenyataan apabila dia melakukan persembahan di Bukit Bintang, Kuala Lumpur, semalam.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Imbau Kenangan! Raisuddin Ajar Talita Teknik Menyanyi Yang Sama Dengan Arwah Siti Sarah
Artikel Berkaitan: Watie Hanifiah Dedah Azam Talita Nak Serius Dalam Bidang Nyanyian – ‘Dia Nak Masuk Kelas Vokal’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Talita Bakal Muncul Di Bukit Bintang Untuk ‘Show’ Pertama – ‘Rupanya Dia Memang Tunggu Peluang Ini’
Rindu arwah ibu?
Menerusi beberapa video di Instagram Shuib, Talita dilihat menyanyikan lagu arwah ibunya yang berjudul ‘Kesetiaan’. Menerusi persembahan tersebut, Talita dilihat tidak dapat menahan sebak sehingga mengalir air mata.
Lebih tersentuh, Talita tidak dapat menyambung bait-bait lirik berkenaan sehingga menyebabkan Shuib tampil berdiri dan memberi pelukan kepadanya. Momen tersebut membuatkan ramai orang tersentuh. Rata-rata penonton yang hadir dilihat memberi semangat buat Talita untuk meneruskan persembahannya.
Pada masa yang sama, persembahan itu turut dibantu oleh Ummi Umairah (Umai) yang turut hadir bagi memberikan sokongan buat Talita.
Di akhir persembahan, Talita meminta semua pengunjung yang hadir di sesi busking itu untuk mendoakan arwah ibunya.
Video
View this post on Instagram
Sementara itu, Shuib meluahkan rasa bangga terhadap Talita kerana berjaya menyanyi di hadapan ramai orang. Paling menarik, jumlah tontonan di TikTok Genji Buskers mencecah 160 ribu tontonan.
Terima kasih semua! Allahuakbar! Terus support Talita okey.
Sumber: Shuib