Anak perempuan tunggal kepada Shuib dan Allahyarham Siti Sarah, Dzahira Talita Zahra mengadu sedih dengan sikap segelintir netizen yang menyatakan dirinya tidak layak untuk menjadi artis.
Artikel Berkaitan: Shuib Terasa Hati, Netizen Tuduh ‘Jual’ Anak Sebab Bisnes Tak Laku – ‘Dia Nak Belajar Cari Duit Sendiri’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Talita Kongsi Sebab Mahu Menyanyi – ‘Orang Tak Suka Dengan Daddy, Jadi Saya Nak Buat Orang Suka Balik’
Jangan menangis
Menerusi hantaran di Instagram, Shuib berkongsi video Talita menitiskan air mata selepas membaca komen negatif mengenai dirinya.
Talita yang baru berusia 12 tahun itu mengakui komen tersebut telah melemahkan semangatnya untuk meneruskan nyanyian.
Orang cakap-cakap pasal saya.
Kata ‘acah-acah’ nak jadi artis.
Shuib yang melihat anaknya menangis memberikan kata-kata semangat kepada Talita agar tidak mudah untuk berputus asa.
Tak semua hari kita indah, ada hari yang kita akan bersedih sayang.
Tidak mengapa, insya-Allah kita jalan je, kita buat je kerja kita.
Insya-Allah akan ada yang memberikan sokongan kepada Thalita.
Jangan menangis, moving forward. Kita ada banyak kerja nak buat lagi.
‘Talita kuat’ – Netizen
Video Talita menangis turut mendapat perhatian ramai di mana warganet tidak terlepas untuk memberikan kata-kata semangat.
Segelintir daripada mereka turut menyatakan komen tersebut berbaur kebencian.
Sumber: Instagram Shuib