Usahawan Datuk Red memaklumkan bahawa tempoh idah bekas isteri pertamanya iaitu Sharifah Norshafila Hashim telah selesai sejak 13 Julai, Sabtu.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Malas Dah Bercinta, Kita Nak Kahwin Dengan Awak Ja’ – Adira Bagi ‘Hint’ Rujuk Dengan Datuk Red?
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Selagi Janda Saya Tak Kahwin, Saya Takkan Kahwin’ – Datuk Red Dalam ‘Mode Standby’
‘ Tamatlah perkahwinan 19 tahun kami’
@putehhhx #abgred #datored ? original sound – putehhhx
Menerusi siaran langsung di TikTok, Datuk Red atau nama lengkapnya Datuk Seri Adnan Abu, 46, berkata tujuannya memaklumkan perkara tersebut kerana tidak mahu timbul sebarang fitnah terhadap dirinya mahupun bekas isteri.
16 Julai tamatlah tempoh idah. Tamatlah perkahwinan 19 tahun yang kami bina. Selepas ini kalau nampak Fila (Sharifah) keluar berjalan-jalan-jalan, dia bukan tanggungjawab saya lagi.
Tak sangka cepat habis tempoh idah. Saya kena umumkan ini kerana takut nanti kalau ada yang nampak dia keluar rumah menimbulkan fitnah pula.
Meskipun sedih dengan perpisahan itu namun Datuk Red menerima takdir Allah SWT dengan hati terbuka.
Saya doakan dia semoga bahagia dan berjaya. Kalau dia bertemu jodoh, saya tak boleh buat apa dah. Saya doakan dia jaga batasan, jaga aurat dan yang penting jaga solat lima waktu.
Saya pun tak boleh nak pantau dia dah, jaga diri.
Sumber: TikTok