berita

[VIDEO] Tangisan Kegembiraan Disahkan Mengandung Selepas 13 Tahun Menanti

October 3rd, 2019 | by Amirul Asraf
Video Popular

Setiap pasangan suami isteri sememangnya mengimpikan cahaya mata sebagai anugerah terindah dalam kehidupan berumah tangga. Sudah pasti si isteri akan teruja apatah lagi ini pengalaman pertama yang akan dilaluinya.

Menerusi Instagram Dr Tokha Muhammad, beliau berkongsi video kejutan yang dilakukan olehnya terhadap seorang wanita yang menanti kehadiran cahaya mata pertama sejak 13 tahun yang lalu. Berkat usaha dan rawatan yang dilakukan, wanita tersebut kini disahkan hamil. Sebaknya!

Kami sengaja tidak memberitahunya

https://www.instagram.com/p/B1_oMpnnSei/

Menurut pakar Obstetrician & Gynaecologist itu, wanita tersebut memulakan rawatannya 24 hari yang lalu. Hasil daripada rawatan yang dilakukan, wanita tersebut disahkan hamil selepas 13 tahun penantian.

Berita gembira itu sengaja dirahsiakan pada awalnya oleh doktor Thokha kerana ingin melihat reaksi wanita tersebut. Ternyata kejutan yang dilakukan mengundang sebak buat wanita tersebut dan netizen yang menyaksikan video itu.

Another happy couple

https://www.instagram.com/p/B2d8RuIpdfF/

Selain daripada wanita tersebut, Dr Thokha juga berkongsi video kejutan yang dilakukan terhadap beberapa pasangan suami isteri yang lain. Paling menyedihkan, video pasangan suami isteri berbangsa Cina ini. Mereka kelihatan berdebar-debar menanti jawapan mengenai berita kehamilan yang ingin disampaikan. Sebaik sahaja mengetahui bahawa mereka akan menimang zuriat, pasangan tersebut kelihatan menangis dan sebak melihat keputusan tersebut.

Aku pun menangis

Ya Allah terharunya

Rata-rata netizen yang lain turut meluahkan perasaan terharu mereka selepas melihat video tersebut. Menurut netizen, doktor tersebut sangatlah baik dan cara dia melakukan kejutan buat setiap pasangan sangat mengundang sebak.

Sumber: Dr Thokha & Yiyieen

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×