Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq bersama tunangnya yang juga penyanyi dan pelakon, Bella Astillah berkongsi perkembangan mengenai perancangan hari perkahwinan mereka.

Artikel Berkaitan: ‘Bella Sentiasa Gembirakan Saddiq, Dia Layak Jadi Menantu Saya’ – Ibu

Artikel Berkaitan: Syed Saddiq & Bella Astillah Boleh Fokus Persiapan Kahwin Dengan Tenang

Dah ada tarikh kahwin

@ohbulanofficial

Kami semua pasti akan sentiasa setia menunggu tarikh yang bakal diumumkan oleh BASS 🤗✨ Kredit Video : Basscast #ohbulan #syedsaddiq P/s: Video ini bukan milik OhBulan! dan kredit telah diberikan kepada pemilik asal. Jika anda ingin kami menurunkan video tersebut, sila hantarkan DM kepada kami dengan segera. Terima kasih!

♬ original sound – OHBULAN! – OHBULAN!

Menerusi podcast BASScast yang disiarkan secara langsung di TikTok pada Isnin, pasangan itu mengesahkan tarikh perkahwinan mereka telah pun ditetapkan dan dipersetujui oleh kedua-dua keluarga.

Bagaimanapun, mereka memilih untuk merahsiakan tarikh itu buat masa ini bagi menghormati proses memaklumkan perkara tersebut kepada saudara-mara dan rakan terdekat terlebih dahulu.

Perancangan selepas ini adalah berkahwin. Tarikh itu sudah ditetapkan dan dipersetujui keluarga tapi tak boleh beritahu bila.

Cuma untuk kita war-warkan sekarang, saya rasa kita perlu menghormati prosesnya untuk nak beritahu keluarga tak begitu dekat dan kawan-kawan, biar mereka tahu dahulu. Semua ini ada proses, tak akan terus umum.

Dalam pada itu, mereka memberi bayangan bahawa majlis tersebut bakal berlangsung dalam masa terdekat dan bukan pada penghujung tahun seperti yang mungkin disangka ramai.

Tapi tak terlalu lama lah dari sekarang, bukan pada hujung tahun. Kalau ikutkan dah tak lama sangat.

Pasangan itu turut mendedahkan mereka telah menandatangani kontrak bersama Astro bagi menguruskan penganjuran majlis perkahwinan mereka.

Saya rasa ramai tak tahu lagi sebab saya dan YB, kita sebenarnya under Astro. Kita pun dah menandatangi kontrak bersama Astro untuk tolong proses penganjuran (perkahwinan).