Pelakon dan pengacara Tash Yong mengumumkan kelahiran cahaya matanya bersama suami iaitu pempengaruh Khaireel Azlee Abdul Aziz atau lebih dikenali, Boss Kay.
Artikel Berkaitan: Tash Yong Umum Hamil Lima Bulan
Artikel Berkaitan: Dah Cerai Dua Isteri, Boss Kay Selamat Nikahi Tash Yong Ramadan Lalu
Anak lelaki
Tash atau nama lengkapnya Nur Natasha Shazila Rosli memuat naik video yang memaparkan perjalanan kehamilan sehinggalah hari kelahiran bayi.
Aktres berusia 34 tahun itu juga berkongsi momen selepas anak sulungnya itu lahir di sebuah pusat perubatan.
Alhamdulillah, Boss Kay selesai azankan anak lelaki kami. Tak pernah terbayang akan berjaya bersalin normal ditemani suami tercinta.
Terima kasih Allah untuk segalanya.
Saya tak terkata, macam-macam perasaan ada dalam setiap momen dalam foto dan video ini. Allah gantikan segala keperitan kepada kenikmatan keindahanNya. Allah lebih mengetahui.
Anak lelaki pasangan itu diberi nama Kay Aydeen yang dilahirkan seberat 3.08 kilogram pada Isnin.
Menerusi hantaran tersebut, Tash mengucapkan terima kasih kepada suami dan ibu mentuanya yang membantu memudahkan urusan kelahiran bayi mereka.
Terima kasih suami ‘take turn’ tolong jaga anak kita.
Terima kasih ibu mentua saya tolong jagakan menantu dan cucu berpantang.
Nyawa dunia dan akhirat. Terima kasih Allah.
Dalam masa yang sama, Tash juga mendoakan agar setiap wanita yang sedang mencuba untuk hamil dikurniakan zuriat suatu hari nanti.
Saya doakan kepada sesiapa yang tengok video ini dan sedang menantikan cahaya mata, semoga Allah permudahkan dan indahkan setiap perjalanan itu dalam penuh berkah.
Untuk info, Tash berkahwin dengan Boss Kay pada 8 April. Terdahulu, Boss Kay pernah berkahwin dengan Nooraini Noni dan Norsufia Johari, namun perkahwinan kedua-duanya berakhir pada Mac 2023.
Hasil dua keluarga itu, Boss Kay dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu tiga lelaki dan seorang perempuan.
Sumber: TikTok Tash Yong