berita

[VIDEO] Tayang Aksi Cium Ketika ‘Work Out’, Isa Khan & Risteena Bikin Netizen Murung – ‘Tolong Hormat Yang Single’

December 7th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Sudah lama tidak dengar kisah romantik dari pasangan selebriti Isa Khan dan Risteena Munim di media sosial.

Artikel Berkaitan: ‘Hujung Dunia Pun Saya Akan Cari’ – Tunang ‘Separuh Gila’ Risteena Hilang 30 Minit

Workout pun sweet

@nurristeena6 boleh try kat rumah dengan suami ?? #nurristeena #isakhan #fyp #foryou #foryoupage #fypp #fyp? #fypage ? Sumpah dan cinta matiku – Nidji

Terbaharu, Isa dan Risteen mencuri tumpuan warganet apabila tular video ‘work out’ bersama.

Dalam rakaman yang dimuat naik peminat, Isa dilihat sedang melakukan ‘sit up’ sambil kakinya dipegang oleh aktres berumur 33 tahun.

Namun, apa yang menjadi bualan adalah ketika Isa, 29, mencium dahi dan pipi pemilik nama Nur Risteena Munim Zainul Ilyas semasa melakukan senaman.

Sedih orang single

Menjengah di ruangan komen, rata-rata wargamaya cemburu melihat kemesraan yang ditayang Isa dan Risteena.

Selain itu, ada golongan ‘single’ yang menangis tepi bucu katil kerana tidak mempunyai teman halal. Ada juga netizen yang meluahkan hasrat untuk mempercepatkan majlis perkahwinan.

Sekadar info, Risteena mendirikan rumah tangga bersama Isa pada 12 Mac 2021.

Sumber: TikTok @nurristeena6

SKIP THIS AD ×