Mengikat tali pertunangan November lalu, kisah percintaan pasangan pelakon, Risteena Munim dan Isa Khan mula mendapat perhatian ramai. Sikap ambil berat dan romantis Isa Khan bukan lagi satu rahsia apabila dia dilihat bersungguh-sungguh menyayangi tunangnya.
Terbaru, Isa Khan hampir ‘separuh gila’ apabila Risteena tidak menjawab panggilan lebih daripada setengah jam. Malah, dia sanggup drive dari Cheras ke Gombak semata-mata mahu memastikan Risteena selamat.
Tak jawab panggilan
View this post on Instagram
Semalam saya hilang sekejap setengah jam, tunang saya fikir saya kena culik, ragut or something bad happened. .
Semalam drive balik dari rumah dia, memang tak tengok phone. Selalunya sepanjang perjalanan memang akan cakap phone sampai dah sampai rumah. Tapi semalam kebetulan kereta polis banyak, and tak sempat nak ambik phone dalam beg pun untuk tengok. Tak sangka hilang setengah jam pun tunang saya dah risau macam tu.
Sampai je kat rumah, baru tengok phone. Missed calls tak payah cakap la berapa banyak. Tengok-tengok tunang saya dah sampai dah kat bawah rumah. Macam tak percaya langsung sebab baru sangat je masuk rumah. 10 minit je datang dari Cheras ke Gombak. Siap datang dengan his sister and Qirin. Kesian diorang!
Memang kena marah terus la lepas tu. Apa lagi. Takpe, sekurang-kurangnya saya tahu kalau saya hilang, awk akan cari saya. Myhero!
So kalau sesiapa ada niat nak buat bukan-bukan kat I, lupakan saja ya. Nanti korang kena berdepan dengan tunang saya yang garang ni.
To my tunang, saya rasa selamat since awak jaga saya. Tak boleh bayangkan kalau awak takde. My parents dah boleh harapkan awak.
I love you, sayang.
Cinta hati saya :)
Menerusi perbualan yang dimuatnaik, jelas sekali Isa Khan begitu khuatir apabila Risteena menghilangkan diri lebih daripada setengah jam. Kebiasaannya mereka akan berbual di telefon sepanjang perjalanan namun tidak pada hari itu. Jelas Risteena lagi, sikap prihatin tunangnya membuatkan dirinya berasa selamat.
Sumber : Nur Risteena Munim