Anak kepada pasangan selebriti Hairul Azreen, 33, dan Hanis Zalikha, 31, sering mencuri tumpuan wargamaya di laman media sosial.
Bukan saja disebabkan kecomelan Yusuf Iskandar, 4, dan Alisa Aisyah, 2, tetapi kepandaian si cilik ini sejak kecil lagi.
It’s not yummy
Baru-baru ini, cara Hanis mendidik sekali lagi menjadi bualan ramai orang. Menerusi sebuah video yang dikongsikan di TikTok @syudazman96, Hanis memujuk Alisa untuk mencuba makan buah manggis.
Bagaimanapun, Alisa kelihatan tidak menyukai dan berkata, ‘it’s not yummy’. Lantas, isteri kepada aktor dan pengarah Hairul Azreen itu mengingatkan Alisa untuk menukarkan ayat kepada ‘it’s not for me’.
Tahap kesabaran tinggi
Di ruangan komen, rata-rata warganet memberi komen positif dengan memuji skill yang diterapkan usahawan itu.
Malah, ada segelintir yang kagum dengan tahap kesabaran Hanis mengajar anak-anaknya dengan menggunakan nada suara yang lembut.
Sehingga artikel ini ditulis, video tersebut telah mendapat hampir 43,000 tanda suka dan lebih 160 komen.
Terdahulu, Hanis dan Hairul mendirikan rumah tangga pada Jun 2015 di Bukit Jelutong, Selangor.
Sumber: TikTok @syudazman96