Teka teki akhirnya terjawab! Pempengaruh media sosial, Tyra Kamaruzzaman akhirnya mendedahkan dia kini sedang hamil anak pertama. Tahniah!
Artikel berkaitan: ‘Wanita Boleh Beri Banyak Sekiranya Dia Cukup’ – Tyra Kamaruzzaman Jawab Isu ‘What Women Bring To The Table’
Artikel berkaitan: ‘Orang Yang Bahagia Tak Akan Ada Masa Bercakap Tentang Kehidupan Orang Lain’ – Tyra Kamaruzzaman
Dah nampak baby bump
Menerusi video yang dimuat naik di Instagram, Tyra berkongsi reaksi suaminya iaitu Emran Rijal sewaktu mengetahui berita gembira tersebut. Emran kelihatan sangat gembira dan teruja untuk menimang cahaya mata sulung. Video tersebut turut menunjukkan baby bump Tyra.
MashaAllah, Tabarakallah, Alhamdulillah. Kami mengambil sedikit masa untuk berkongsi mengenai perkara ini. Mungkin ada beberapa orang sudah mengetahui mengenai berita ini dan dapat meneka.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata kenalan rapat Tyra dan suami mengucapkan tahniah buat mereka.
Video
View this post on Instagram
Sumber: Tyra Kamaruzzaman