Sebelum ini, seorang wanita yang dikenali sebagai Ziela Rashid membuat dakwaan mengenai bekas kakak iparnya yang merupakan pelakon wanita popular enggan melunaskan hutangnya.
Terbaharu, teka teki akhirnya terjawab apabila Ziela tampil mendedahkan identiti pelakon wanita yang dimaksudkan itu.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Didakwa Hutang Bekas Adik Ipar Lebih RM208K, Pelakon Wanita ‘No Comment’ – ‘Saya Tak Nak Aibkan Mana-Mana Pihak’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Bekas Adik Ipar Mohon Pelakon Wanita Bayar Hutang RM208,745.59 – ‘Sudah-Sudah Tunjuk Muka Baik Dengan Tutur Kata Yang Tertib’
Sila bayar hutang
Menerusi sebuah rakaman video di TikTok, Ziela memberitahu pelakon tersebut ialah Aida Aris.
Hi semua, saya dengan ini ingin menyatakan pelakon yang dimaksudkan dan viral itu adalah Aida Aris. Semoga dengan penerangan ini, tiada lagi teka teki mengatakan siapa pelakon itu.
Menurut Ziela lagi, dia berharap Aida segera membayar hutangnya dan berurusan dengan pihak insolvensi.
Untuk Aida sila bayar hutang saya dengan Daniel secepat mungkin. Sebab dah lama sangat, empat tahun kot. Apapun tolong berurusan dengan pihak insolvensi. Itu sahaja penerangan daripada saya untuk semua yang masih tertanya-tanya.
Video
@surihatimrpilotruiz Teka teki mengenai siapakah pelakon yang berhutang dengan saya dan suami.. #panas #hutang #aidaaris #meloditv3 #pelakonberhutang #muflis #fyp?? a#fyppppppppppppppppppppppp #storypanas #viral #insolvency #arahanmahkamah #meloditv3 #sensasi #isuhangat
? original sound – Ziela Rashid Ruiz Palacin – Ziela Rashid Ruiz Palacin
Sumber: TikTok