Juara Akademi Fantasia musim ke-7, Hafiz Suip antara penyanyi yang memiliki kelunakan suara dan vokal yang hebat sepanjang berada di dalam industri muzik. Bahkan, penyanyi ini pernah merangkul Anugerah Vokal Terbaik Juara Lagu sebanyak tiga kali berturut-turut.
Terbaru, anak kepada penyanyi tersebut iaitu Muhammad Riyadh Zafri atau disapa sebagai Iyad, turut menunjukkan kebolehannya untuk menyambung lirik sebaik sahaja ayahnya itu menyuruh. Wow!
Nangis pun boleh
https://www.instagram.com/p/B5ZN9_0AZap/
Menerusi Instagram Hafiz, dia memuat naik video telatah anaknya yang seakan-akan tidak ceria dan merajuk sewaktu berada di dalam kereta. Walaupun kelihatan tidak ceria, anaknya itu sempat menyambung bait-bait lagu ‘Kisah Cinta Kita’ yang dinyanyikan oleh bapanya pada ketika itu.
Terdahulu, Hafiz juga pernah berkongsi gelagat yang lebih kurang sama apabila anaknya yang berusia 2 tahun itu bijak menyambung nyanyiannya.
Cinta luar biasa
https://www.instagram.com/p/B5UhWg7AQty/
https://www.instagram.com/p/B3cBd5zgBaW/
Comel dia sambung
Rata-rata netizen terhibur melihat telatah anak Hafiz ketika menyambung lirik. Menurut netizen, Riyadh merupakan seorang budak yang bijak dan cepat belajar.
Sumber: Hafiz Suip