berita

[VIDEO] Tengah Syok Berkelah, Ular Melintas Kejar Tikus

May 23rd, 2022 | by khairil
Video Popular

Sebuah keluarga berdepan detik cemas apabila aktiviti perkelahan mereka dikejutkan dengan aksi seekor ular yang sedang mengejar tikus.

Niat bawa anak berkelah

Menerusi perkongsian di laman TikTok, wanita tersebut memberitahu pada mulanya dia membawa anak-anak makan sambil berkelah untuk menikmati pemandangan. Kelihatan juga dua kanak-kanak sedang menikmati makanan.

Niat hati nak makan sambil lihat pemandangan.

Namun ketika rakaman tersebut dibuat tiba-tiba kelihatan seekor tikus berlari laju gara-gara dikejar seekor ular. Aksi berkejaran haiwan itu yang menyergah ke kawasan perkelahan membuatkan mereka tergamam sebentar. Menjengah ke ruangan komen, wanita tersebut memberitahu dia dan keluarga bergegas pulang sejurus melihat ular itu.

Video yang berdurasi 15 saat itu kini telah meraih hampir 19 juta tontonan dan 1.9 juta tanda suka selepas ia dimuatnaik tiga hari lalu. Tidak dapat dipastikan jenis ular yang mengejar tikus tersebut namun berdasarkan warna dan bentuk, berkemungkinan ular tedung.

Video penuh

@pridaaaa Niat hati pengen makan sambil liat pemandangan?? #fyp? ? suara asli – NAMA KOK FIKI – FIK?

The real rantaian makanan

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi yang diberikan wargamaya terhadap rakaman tersebut. Ada juga yang berpendapat itulah rantai makanan sedang berjalan.

Sumber: Pridaaaa

SKIP THIS AD ×