berita

[VIDEO] Tengah Syok Main Filter, ‘Muncul’ Muka Adik Yang Dah Meninggal Dunia Bikin Sebak

December 18th, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Memang tak dapat dinafikan, penggunaan filter yang mampu ‘mengubah’ wajah seseorang menjadi tua dari usia sebenar, menyerupai wajah yang berlainan jantina dan sebagainya telah menjadi satu trend dalam kalangan pengguna di media sosial.

Tetapi lain pula jadinya apabila seorang wanita yang menggunakan filter tersebut sangat terkejut selepas melihat wajahnya persis adik lelaki yang dirindui.

Reaksi sebak wanita

@justadogmomandpharmacistReply to @onlyeari ##iwishheavenhadvisitinghours? Coming Home – Part II – Skylar Grey

Menerusi video pendek yang dikongsikan di TikTok memaparkan seorang wanita bersama dua orang kanak-kanak yang dipercayai merupakan anak kepada teman lelakinya sedang bermain dengan filter tersebut. Pada awalnya filter itu digunakan oleh kanak-kanak terbabit dan mereka bertiga kelihatan sangat gembira.

Namun segala-galanya bertukar selepas filter itu dialihkan kepada wajah wanita berkenaan. Dia seperti ‘terkedu’ dan sebak selepas melihat mukanya yang bertukar menjadi seorang lelaki dan wajah tersebut adalah sangat seiras dengan adik lelaki yang sedang dirinduinya itu. Difahamkan, adik lelaki wanita ini sudah pun meninggal dunia hampir 1 tahun setengah yang lalu.

Oh My God, muka saya sama seperti Adam.

Adik dah meninggal dunia

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial turut bersedih dengan situasi tersebut selain berharap agar wanita ini diberikan kekuatan. Tidak kurang juga ada yang berkongsi momen sama yang pernah dilalui oleh mereka.

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×