berita

[VIDEO] Tengah Syok Menari, Sekali ‘Dia’ Melintas Turun Tangga

January 18th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Tidak dinafikan di muka bumi, manusia berkongsi dengan makhluk halus. Namun, kehadiran mereka tidak sewenang-wenangnya boleh dilihat melainkan seseorang itu mempunyai ilmu yang mendalam dalam bidang tersebut.

Seperti tular video di laman TikTok, yang dikongsi oleh seorang gadis di luar negara, menunjukkan terdapat ‘entiti’ misteri yang dirakam di dalam video tersebut.

Tengah leka menari

 

Menerusi video TikTok berdurasi 15 saat itu, menunjukkan seorang gadis yang asyik menikmati lagu sambil menari. Namun, pada saat ke 13-14 terdapat satu ‘entiti’ misteri yang berada di tangga rumahnya dan berjaya dirakam pada video tersebut.

Difahamkan ketika kejadian dia bersendirian di rumah tanpa ahli keluarga yang lain. Gadis itu dikenali sebagai Chloe Hartley menjelaskan, perkara tersebut hanya disedari apabila salah seorang pengikutnya di laman tersebut menegur melihat ‘kelibat’ tersebut.

Dalam video tersebut, dapat dilihat ‘kelibat’ itu sedang berlari dengan laju untuk turun daripada tangga rumahnya. Namun, ada juga yang mendakwa itu hanyalah cahaya yang dipantulkan berikutan tangannya yang bergerak sewaktu menari.

Kejadian sebelum ini

Jelas gadis itu lagi, perkara seperti ini bukan kali pertama yang terjadi di rumahnya. Malahan, sebelum ini anak saudaranya yang pernah datang ke rumahnya pernah secara tiba-tiba menjerit tanpa sebarang sebab. Ketika kejadian, ahli keluarga yang lain sedang berada di ruang tamu terkejut dengan jeritan tersebut.

Jangan, saya tidak mahu bermain dengan kamu. Jangan, mummy tolong, saya tidak mahu main.

Jeritan itu seolah-olah memberi gambaran terdapat ‘entiti’ misteri yang turut berada di rumah tersebut.

Sumber: Daily Star

SKIP THIS AD ×