Berkahwin dan melayari alam berumahtangga selama-lamanya merupakan satu harapan setiap pasangan sewaktu terlafazanya akad sebagai suami isteri. Namun, ketentuan hidup manusia sudah ditetapkan Allah SWT termasuklah jodoh, rezeki, ajal dan maut.
Begitulah yang dilalui oleh seorang lelaki ini apabila dia terpaksa menerima hakikat bahawa isterinya telah pergi menghadap Ilahi.
Isteri meninggal dunia
Menerusi beberapa video yang dikongsikan di TikTok, Syed Mohd Izzuddin dikatakan sudah hampir empat bulan kehilangan isteri tercinta akibat serangan jantung. Syed mengakui redha dengan ketentuan tersebut tetapi dalam masa yang sama dia sangat merindui arwah isterinya.
Berdasarkan video terbaru yang dimuatnaik, lelaki ini telah pergi ke rumah sewa yang pernah didiaminya bersama arwah isteri untuk mengembalikan semula kunci kepada tuan rumah. Tetapi keadaan bertukar menjadi sayu apabila Syed tidak dapat menahan sebak selepas memasuki bilik tidur mereka kerana terbayangkan kenangan bersama arwah isterinya. Menurut lelaki ini, arwah isterinya sangat suka membersihkan dan menghias rumah.
Ni bila kitaorang. Ni bilik saya dengan di ni. Tapi saya dah kemas dah ni, dah ambil semua barang-barang. Ada sikit je lagi. Kalau korang nak tahu, ni semua dia buat ni. Dia suka hias rumah.
‘Terbayang-bayang sayang’
@pokcek3388ini rumah syed sewa dgn arwah isteri syed.harini tuan rmh mintak kungci rmh.ya allah..terbayang-bayang syg biy dlm rmh ni??##al-fatihah##fyp ?????? Sholawat Sedih Bikin Nangis – Befre Moreno & Various Artists
@pokcek3388Ini gambar arwah isteri syed.da 3 bulan dia sudah pergi meninggalkan syed?.dia kena serangan jantung?.sme2 sedekahkan al-fatihah dkt arwah??? Surat Al Fatihah – Muhammad Thoha
Salam takziah
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut sebak dan bersimpati melihat perkongsian tersebut. Dalam kesempatan itu juga, mereka telah mengucapkan salam takziah selain memberi kata-kata positif buat Syed. Bukan itu sahaja, mereka berharap agar Syed sentiasa tabah dan diberi kekuatan untuk menjalani hari-hari mendatang.
Sumber: Syed Mohd Izzuddin