berita

[VIDEO] ‘Terima Kasih Aiman..’ – Terlantar Atas Katil, Wanita Hidap Kanser Tahap 4 Selamat Nikah

November 18th, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Kalau dah jodoh tak kemana. Itulah ungkapan yang paling sesuai menggambarkan detik bahagia pasangan suami isteri ini selepas selamat diijabkabul. Meskipun diuji dengan masalah kesihatan, ianya bukan penghalang buat pasangan ini untuk melayari bahtera perkahwinan.

‘Terima kasih menerima kami’

14 Nov 2020. Alhamdulillah.
Apa pun yang Allah takdirkan, tentunya yang terbaik. Terima kasih atas doa semua. Moga pasangan ini diberi kekuatan luar biasa menempuh alam berumahtangga. Bahagia itu di hati, hadir dengan keikhlasan dan redha. Maaf, tiada jemputan, hanya majlis tertutup serba ringkas. Terima kasih anakanda Aiman menerima kami seadanya.

Menerusi perkongsian si ibu iaitu Ct Norbaya Shaarani meluahkan rasa syukur dan terharu apabila anak perempuannya sudah selamat diijabkabulkan. Difahamkan, pengantin perempuan yang dikenali dengan nama Fatihah Aireina telah disahkan menghidap penyakit kanser limfoma tahap empat.

Fatihah Aireina bersama kekasih hatinya, Aiman Adam telah selamat diijabkabulkan pada 14 November yang lalu. Dalam kesempatan itu, si ibu berharap agar anak dan menantunya akan diberi kekuatan bagi menempuh alam berumahtangga.

‘You are one in a million’

Congratulations my dear beloved niece Fatihah Aireina. Beautiful wedding, beautiful people, and definitely a beautiful day. Keep having a great live ahead. Surrounded by all the people who love you. This time, literally surrounded. Awwww.
To aiman, You are one in a million. Keep loving unconditionally, and welcome to our family. Semoga nina cepat cepat sembuh. Nanti boleh pergi holiday makan makan sampai gemok. I love you. Sorry tak dapat datang.

Nanti insyaallah habis PKPB ni cik anne balik sana jumpa you dan semorang k. Muahhhh! Kau kan nina, baring pun lawo. Haih. Dikesempatan ini, saya mohon jasa baik rakan rakan untuk turut sama doakan kesembuhan nina ya. Kami semua sayang nina. She is a good, funny and cheerful girl. Terima kasih.

Sementara itu, ibu saudara pengantin perempuan iaitu Izyan Izdihar Shaarani turut berkongsi rasa gembira dengan perkahwinan yang terbina itu. Bukan itu sahaja, dia juga turut berharap orang ramai mendoakan supaya anak saudaranya itu akan diberi kekuatan dan sembuh dari segala penyakit yang dihidapinya.

Selamat pengantin baru

Alhamdulillah, tahniah!

Sumber: Ct Norbaya ShaaraniIzyan Izdihar Shaarani

SKIP THIS AD ×