Tanggal 23 Jun 2024, genap setahun mendirikan rumah tangga dengan pelawak Shuib, Watie Hanifiah meluahkan rasa syukur atas kehadiran suami dan anak-anak dalam hidupnya.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Watie Hanifiah ‘Excited’ Dapat RM5,000 Duit Raya Daripada Shuib – ‘Saya Akan Simpan Sampai Anak Cucu Cicit’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Bimbang Terkurung Berdua Di Hotel, Shuib & Watie Bawa Anak-Anak Teman Sambut ‘Anniversary’ Di Pulau
Ucapan romantis Watie buat Shuib
Menerusi hantaran di Instagram, Watie atau nama sebenarnya Fati Nikmatul Adawiyah Hanafiah akui suaminya itu sentiasa ada disampingnya dikala susah dan senang. Malah sanggup menerima segala kelemahan dan kekurangan dirinya.
Suatu masa yang lalu..Disaat semua mata memandang i tak akan mampu buat sesuatu yang baik, jadi yang terbaik tapi Daddy selalu yakin dengan i. Daddy selalu pertahankan i walaupun saat tu Daddy cuma kenal i 4 bulan.
Tidak dapat menggambarkan betapa bertuahnya memiliki Shuib sebagai suami, Watie bersyukur kerana suaminya itu bertanggungjawab membimbing dirinya termasuk dari segi pemakaian.
Terima kasih sebab selalu namapk kebaikan dalam diri i yang serba kekurangan. Terima kasih sudi jadi suami i, bimbing i dari i seksi sampai dah bertudung. Terima kasih selalu puji i cantik walau kadang i selalu comot.
Terima kasih selalu puji i isteri yang baik walau kadang Daddy tak pernah berpeluang dapat merajuk. Terima kasih selalu puji i masak sedap walau kadang i suruh Daddy makan telur dengan sambal hitam je.
Terima kasih untuk segala kata-kata pujian Daddy yang selalu buat I senyum ketawa dan happy. Terima kasih sebab dah buktikan pada I kawin tu memang lagi seronok dari bercinta! Tiada kata yang lebih indah selain kata pujian dari suami tercinta.
Dalam pada itu, Watie menitipkan doa dan berharap agar Shuib terus menjadi seorang bapa dan suami yang baik.
Dan akhir sekali, ingat tau, I selalu rasa bersyukur sangat-sangat Allah izinkan I celik mata bangun tido I dah ada suami di sebelah.
Kalau satu hari nanti I dah tak ada. Daddy baca caption IG i selalu ok. Semoga Daddy terus kekal jadi ayah dan suami yang baik macam ni sampai hujung nyawa.
Untuk rekod, Shuib atau Shahmira Muhamad, 40, mendirikan rumah tangga dengan Watiepada 23 Jun 2023.
Sebelum itu, Shuib pernah berkahwin dengan Allahyarham Siti Sarah namun penyanyi berkenaan meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan Covid-19.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 12, Dzahira Talita Zahra, 10, Ariq Matin, 7, dan Ayash Affan, 3 tahun.
Video
View this post on Instagram
Sumber: Instagram Watie