Beberapa minggu yang lalu kecoh di media sosial mengenai kemelut rumah tangga dihadapi pasangan pempengaruh, Aisyah Hijanah dan suaminya, Alif Teega yang secara terbuka membuat pengakuan dirinya sudah bernikah satu lagi.
Pengakuan tersebut telah menyebabkan ramai netizen bersimpati dengan Aisyah kerana disifatkan sudah memberikan yang terbaik untuk rumah tangganya bersama Alif.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Nanti Teman La Kalau Aku Bersalin Seorang Diri’ – Netizen Menangis, Rasa Sakit Baca Komen Aisyah Hijanah
Nurul Izzah jumpa Aisyah
@n_izzah_anwar Menghadiri Selangor International Book Fair untuk memberi sokongan kepada semua pencinta & penulis buku, serta penulis dari negara seberang Asma Nadia. Sempat jua bertemu empat mata dengan saudari @aisyahhijanah ? original sound – n_izzah
Terbaharu, tular satu video memaparkan anak kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga merupakan ahli politik iaitu Nurul Izzah datang bertemu Aisyah sewaktu Selangor International Book Fair yang berlangsung di Shah Alam.
Dapat dilihat bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu memeluk erat sebelum memberikan sedikit kata-kata semangat buat pempengaruh tersebut.
Hantaran tersebut turut mendapat perhatian wargamaya yang rata-ratanya memuji tindakan Nurul Izzah. Mereka juga menitipkan ucapan terima kasih kepada ahli politik kerana mewakili warganet memberikan sokongan buat Aisyah.
Terdahulu, kecoh diperkatakan tentang personaliti media sosial, Alif Teega yang mengumumkan bahawa dia sudah bernikah lain.
Kata Alif, tujuan dia berkongsi perkara tersebut kepada kepada umum kerana ingin mengelak daripada sebarang fitnah terhadap dirinya, isteri dan keluarga.
Manakala, Aisyah mendoakan kebahagiaan Alif bersama madunya dan berharap orang ramai tidak bercakap buruk mengenai perkahwinan mereka.
Komen netizen
Sumber: TikTok