Pempengaruh Cik B mencetus rasa hiba dalam kalangan netizen dengan perkongsiannya yang meluahkan rasa syukur kepada ibunya, Datuk Seri Vida.
Artikel Berkaitan: Cik B ‘Kagum’ Bibik Sanggup Panjat Pagar Duri, Lari Rumah Ikut Kekasih – ‘Harap Lelaki Itu Hargai ..’
Artikel Berkaitan: OOTD Cik B Cecah RM657,750, Netizen Kata Dah Boleh Beli Sebuah Rumah!
‘Terima kasih Mama’
Menerusi perkongsian di TikTok, Cik B atau nama sebenarnya Edlynn Zamilleen dilihat sedang baring di atas sofa ketika didatangi DSV. Keakraban dua beranak ini mencetus rasa cemburu dalam kalangan netizen.
Dalam video itu, Cik B mengucapkan terima kasih kepada ibunya kerana menyayanginya walaupun dirinya tidak sempurna.
I love you Mama. Terima kasih sebab sayang Cik B walaupun Cik B tak macam anak-anak kawan Mama.
@cikb_havoc I love you mama thank you sebab sayang cikb walaupun cikb tak macam anak anak kawan mama:) #mother #thankyou #love #daughter
Cik B anak hebat!
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji sikap DSV yang tidak mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang ibu kepada anak-anak. Selain itu, terdapat juga segelintir netizen yang memberi kata-kata semangat kepada Cik B dan mendoakan keluarga kecil itu.
Sumber: TikTok @cikb_havoc