Baru-baru ini kecoh di media sosial mengenai pembantu rumah kepada usahawan terkenal, Datuk Seri Vida yang dikatakan melarikan diri dari kediamannya.
Artikel Berkaitan: OOTD Cik B Cecah RM657,750, Netizen Kata Dah Boleh Beli Sebuah Rumah!
‘Kagum’ dengan usaha bibik
Terbaru, anak kepada Datuk Seri Vida, Cik B atau nama sebenarnya, Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin memaklumkan bahawa pembantu rumahnya itu melarikan diri kerana mengikut lelaki yang didakwa merupakan teman lelaki mereka menerusi satu ciapan di Twitter.
Menerusi ciapannya itu lagi, Cik B juga mendedahkan bahawa pembantu rumahnya itu sanggup meninggalkan rumah mewah mereka dengan cara memanjat pagar berduri dan melompat dari tempat yang tinggi sebelum melarikan diri.
Apa yang mencuit hati ialah, Cik B sempat berseloroh dengan berharap agar lelaki tersebut menghargai usaha yang dilakukan pembantu rumahnya semata-mata untuk bersama.
Bibik saya sanggup lari dari rumah mewah, rentasi dawai berduri dan terjun dari tempat tinggi semata mata kerana lelaki, harap harap dia appreciate effort bibik.
Dalam pada itu, Cik B juga berkongsikan mengenai kejadian ini menerusi laman rasmi TikToknya.
@cikb_havoc Bibik lari huhu #funny #viral #joke #tiktokmalaysia #fyp ? Sweet Sunset
Respon netizen
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen memuji sikap Cik B yang kelihatan tenang dan tidak mengeluarkan kata-kata negatif meskipun sedang dalam keadaan marah dengan apa yang telah berlaku.
Bibik saya sanggup lari dari rumah mewah, rentasi dawai berduri dan terjun dari tempat tinggi semata mata kerana lelaki, harap harap dia appreciate effort bibik.
— cikb havoc (@HavocCikb) June 14, 2023