berita

[VIDEO] Terima Sepucuk Surat Daripada 3 Kanak-Kanak, Achey Terharu Baca Isi Kandungannya

March 3rd, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Tiada ungkapan yang lebih indah yang dapat digambarkan oleh penyanyi, Achey apabila dia menerima kata-kata semangat daripada tiga orang kanak-kanak yang tidak dikenali olehnya. Menerusi Instagram Achey, dia memberitahu bahawa surat tersebut diletakkan di dalam peti surat rumahnya.

Tambahnya, isi kandungan surat yang dihantarkan kepadanya itu sangat mengundang sebak apabila ketiga-tiga mereka merupakan peminat ciliknya. Lebih meruntun jiwa, mereka mendoakan agar roh arwah Abam tenang di sana dan segala amalan arwah diterima oleh Allah S.W.T. Sebaknya!

Thank you anak-anak

https://www.instagram.com/p/B9OUKOEgwj4/

Menurut Achey, dia telah menerima sepucuk surat daripada tiga orang kanak-kanak yang dikenali sebagai Azalea, Alisha dan Adam. Mereka memintanya agar tidak bersedih setelah pemergian arwah Abam. Malah, mereka turut berdoa agar arwah Abam tenang di sana. Lebih menyentuh perasaan, mereka meminta dirinya dan Fad supaya bertenang dan kembali ceria seperti dahulu.

Pada masa yang sama, Achey turut memberikan ucapan terima kasih kepada kanak-kanak berkenaan yang sanggup mengirim surat kepadanya kerana mereka seolah-olah memahami situasi diri mereka sekarang. Video yang berdurasi 1:59 saat itu mendapat lebih daripada 200k tontonan dan pelbagai komen daripada netizen.

Budak-budak pun faham

Sumber: Achey

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×