berita

[VIDEO] Terjah Hospital Sakit Mental Lama, Balik Rumah Baru Perasan Terakam ‘Sesuatu’

January 12th, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Selain manusia, makhluk halus juga wujud di muka bumi ini. Kadangkala kehadiran ‘mereka’ boleh dirasai oleh sesetangah individu malah ada yang ‘bernasib baik’ mampu melihat makhluk ini.

Terbaru, seorang wanita bersama rakannya terkejut apabila melihat satu kelibat misteri berada di dalam sebuah hospital sakit mental yang usang dan telah ditinggalkan.

Ada kelibat misteri dalam video

Berdasarkan laporan yang dipetik daripada Mirror UK, wanita yang dikenali dengan nama Kayleigh Love dan rakannya dikatakan sangat meminati bidang paranormal. Oleh itu, mereka membuat keputusan untuk menerjah sebuah hospital sakit mental yang sudah lama ditinggalkan di Wales, UK.

Tetapi apa yang lebih menarik perhatian adalah penampakan satu kelibat berpakaian serba putih dan berambut panjang di sedang berdiri di hujung koridor bangunan tersebut sambil memerhatinya sebelum menghilangkan diri. Aksi seram itu berjaya dirakam oleh Kayleigh Love.

Seram!

Tambahnya lagi, ketika merakam dia langsung tidak menyedari kehadiran makhluk itu sehinggalah dia pulang ke rumah dan menyemak rakaman tersebut untuk disunting. Pada ketika itu baru dia sedar ‘kehadiran’ makhluk yang dilihat seperti sosok tubuh manusia itu. Wanita ini berpendapat kemungkinan kelibat itu adalah bekas pesakit yang menghantui hospital berkenaan.

Semasa saya sedang menyunting video tersebut, saya cuba memperlahankannya supaya penonton dapat melihat kelibat itu, ianya telah membuatkan saya berasa seram dan tidak senang.

Sementara itu, menurut sumber hospital sakit mental yang dimaksudkan itu dipercayai telah ditubuhkan pada tahun 1903 dan ditutup sekitar tahun 1999 yang lalu. Boleh dikatakan bangunan tersebut telah ditinggalkan hampir 21 tahun. Seram!

Sumber: Mirror UK, Love To Investigate

SKIP THIS AD ×