Pelakon Fasha Sandha mencuri tumpuan ramai selepas memuat naik video dia melakukan trend TikTok iaitu ‘ASOKA Challenge’, baru-baru ini.
Artikel Berkaitan: ‘Muslimah Pun Ada High Class?’ – Fasha Sandha Bidas Ustazah Tegur Wanita Buat Trend ‘Alamak Raya’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Fasha Sandha Dijangkiti Covid-19 Pada Hari Raya Kedua, Kesal Dengan Pembawa Virus – ‘Selfish, Sebab Kau Hancur Plan Raya’
Persis Kareena Kapoor
Menerusi video yang dikongsikan di Instagram, Fasha atau nama lengkapnya Nur Fasha Sandha binti Hassan turut terjebak dengan trend Asoka yang memerlukannya untuk menunjukkan beberapa teknik dalam solekan.
Pada awal video memaparkan, isteri kepada pelakon Aidil Aziz itu membuat solekan bertema Bollywood yang menampakkan wajahnya kurang ‘sempurna’ dan comot sehinggalah pada hasil akhir solekan itu mengejutkan ramai.
Tak dinafikan, video tersebut telah menerima pelbagai respon dalam kalangan warga maya yang rata-ratanya memuji kecantikan yang dimiliki aktres itu. Malah ramai yang berpendapat bahawa wajah Fasha persis pelakon cantik Bollywood iaitu Kareena Kapoor.
Subhanallah cantiknya, mirip wajah Kareena Kapoor.
Aku ingat Kareena Kapoor tadi.
Ini Kareena Kapoor Malaysia.
Mata mirip Kareena Kapoor.
Hasilnya memang wow.
Video
View this post on Instagram
Sumber: IG Fasha Sandha