Ibu kepada pengarah dan penerbit, Erma Fatima, Mak Semah mendedahkan suami kepada penyanyi nombor satu negara, Datuk K amat menyukai popiah basah yang dibuatnya.
Artikel Berkaitan: Umie Aida Dedah Mak Semah Tak Bagi Masak Juadah Hari Raya – ‘Kalau Kami Masak, Ibu Akan Merajuk’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Umie Aida Nasihat Orang Ramai Jangan Masuk Campur Urusan Fattah & Fazura – ‘Tak Perlu Team A Atau B’
Datuk K nak popia basah
@watieysoong @erma fatima @Siti Nurhaliza @Cik Semah Mall ? original sound – watieysoong
Menerusi hantaran potongan klip dari siaran langsung TikTok, Mak Semah dilihat sedang membuat persiapan kuih popia basah untuk dijamah keluarganya.
Namun, apa yang meraih perhatian netizen apabila Siti atau mesra disapa TokTi meninggalkan komen di Live tersebut.
Cium mak semah untuk kita.
Datuk K kata hantar sikit. Dia tengah tengok.
Dalam hantaran itu, Erma atau nama lengkapnya Fatimah Rahmad Ali memberitahu akan mengeluarkan produk ‘Sambal Popia Che Semah’ pada 28 November ini.
Tidak lama dari itu, TokTi dilihat memuat naik di Instagram Story (IG Story) popia basah yang diterimanya.
Alhamdulillah rezeki. Dapat makan air tangan Mak Semah. Memang sedap sangat.
Terima kasih Kak Umie dan Kak Erma.
Sumber: TikTok watieysoong, Instagram ctdk