Mahkamah Negeri, Singapura menetapkan suspek yang menyerang pelakon, Kamal Adli direman selama dua minggu.
Artikel Berkaitan: Lelaki Serang Kamal Adli Dengan Cota Didakwa Hari Ini
Artikel Berkaitan: ‘Mereka Masih Di Singapura Cuma Tempat Perlu Dirahsiakan’ – Roslan Shah Buat Live Kongsi Perkembangan Terkini Kamal Adli
Pemeriksaan mental
Memetik laporan Harian Metro, suspek turut diperintahkan oleh Hakim Daerah Terence Tay untuk menjalani ujian psikiatri selain direman di pusat kesihatan mental di sana. Hal ini berikutan permohonan pendakwa raya yang menahan tertuduh bagi melakukan pemeriksaan kesihatan.
Tertuduh akan direman di Institut Kesihatan Mental selama dua minggu bagi menjalani penilaian psikiatri.
Dalam masa sama, suspek berusia 33 tahun itu didakwa pada Selasa (14 Mac) atas pertuduhan menyebabkan kecederaan pada seseorang menggunakan senjata berbahaya.
Jika sabit kesalahan, kesalahan menyebabkan kecederaan dengan sengaja menggunakan senjata berbahaya di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun, denda, rotan, atau mana-mana kombinasi hukuman itu.
Difahamkan, pihak polis telah merampas cota yang digunakan sebagai senjata dalam serangan berkenaan untuk dijadikan bahan bukti. Malah, siasatan sedang dijalankan pihak berkuasa.
Bukan itu sahaja, mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 28 Mac ini.
Sumber: Harian Metro