Pelakon Uqasha Senrose memohon agar tiada sebarang pergaduhan yang berlaku antara dua negara iaitu Malaysia dan Singapura atas kejadian yang menimpa suaminya, Kamal Adli.
Artikel Berkaitan: ‘Thank You Abang Aaron, Dia None Stop Call Semalam & Pastikan Kami Selamat’
Artikel Berkaitan: Lelaki Serang Kamal Adli Dengan Cota Didakwa Hari Ini
Artikel Berkaitan: ‘Ni Cota Besi Yang Penjenayah Pakai Libas Ke Kamal Adli’
Jangan bergaduh
Menerusi hantaran yang dimuat naik di laman Instagram, Uqasha atau nama penuhnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen membuat kenyataan ringkas menerusi live Instagram.
Dalam live tersebut, Uqasha menceritakan secara ringkas tentang kejadian yang terjadi pada ekspo di Singapura, baru-baru ini.
Tujuan saya buat video ini, untuk tak nak merosakkan antara Singapura dan Malaysia. Malang tak berbau, ini boleh jadi di mana-mana. Jangan disebabkan satu orang, satu negara kena.
Apa yang jadi pada kami adalah satu pengajaran untuk semua orang untuk lebih berhati-hati. Jadi, Qasha berharap kepada semua jangan bergaduh hanya kerana hal ini.
Segalanya jadi dengan sekelip mata, tidak disangka-sangka. Tidak tahu sampai sekarang apa motif dia dan kami terpaksa rahsiakan lokasi kami kerana ini dah seperti ugutan untuk membunuh.
Qasha tak nak semua orang tambah-tambah cerita. Jangan marah, jangan salahkan orang Singapore.
Qasha nak jelaskan di sini, orang Singapore adalah orang yang baik-baik. Dorang ada tolong Qasha dan adik-adik saya masa Kamal kena pukul.
Jaga diri masing-masing
Tambah Uqasha, dia mengharapkan agar tiada permusuhan antara Malaysia dan Singapura.
Jangan kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Doakan yang terbaik dan jaga la diri masing-masing. Malang tak berbau dan kita tak tahu siapa suka dan benci.
Dalam pada itu, Uqasha memaklumkan kondisi Kamal yang perlu menjalani beberapa proses untuk memastikan segalanya dalam keadaan baik setelah sedar daripada ubat bius.
Susulan daripada itu, pelakon drama ‘Akira Khan’ memohon untuk tidak menunding jari kepada mana-manas pihak dan meneruskan doa untuk kesembuhan segera buat suaminya, Kamal Adli.
Sumber: Instagram @uqashasenrose2