berita

[VIDEO] Terpaksa ‘Hutang’ Untuk Beli Bahan Masak, Bila 60 Bungkus Nasi Dah Siap, Pelanggan Pula Cancel Order

February 3rd, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Membeli atau menempah makanan siap bungkus seakan sudah menjadi fenomena dalam kalangan rakyat Malaysia mahupun luar negara. Hal ini kerana, menggunakan perkhidmatan ini adalah jauh lebih mudah dan menjimatkan masa.

Tetapi kali ini lain pula ceritanya apabila ada seorang pemuda dikatakan terpaksa menanggung kerugian kerana pelanggannya telah membatalkan tempahan secara tiba-tiba.

Pinjam duit untuk modal

Baru-baru ini, viral satu video di media sosial memperlihatkan seorang pemuda dari Indonesia ini tidak dapat menahan sebak sehingga mengalirkan air mata ketika sedang memasak untuk menyiapkan 60 kotak makanan yang ditempah oleh pelanggannya. Lebih menyedihkan apabila mengetahui pemuda ini dikatakan sanggup ‘berhutang’ untuk membeli bahan-bahan masakan tersebut.

Bayangkan korang di tempat dia. Bagaimana sedihnya, nasi yang sudah ditempah sebanyak 60 kotak tiba-tiba dibatalkan. Padahal dia pinjam kesana kesini untuk belanja sebab down payment tak cukup.

Hal ini kerana, wang pendahuluan yang diberikan kepadanya tidak mencukupi. Tidak cukup dengan itu, pelanggan terbabit dikatakan tergamak meminta semula wang pendahuluan yang diberikannya itu.

Makanan tersebut disedekahkan

Difahamkan, pemuda ini mengalami masalah kewangan dan berharap dengan duit tempahan tersebut dapat digunakan untuk membayar semula pinjaman modalnya itu tetapi sebaliknya yang terjadi apabila pelanggan berkenaan telah membatalkan tempahan secara tiba-tiba.

Makanan yang sudah siap dibungkus itu dipercayai disedekahkan kepada mereka yang memerlukan termasuk di rumah anak-anak yatim dan di masjid.

Semoga dimurahkan rezeki

@heppy08darimana dia cari pinjaman untuk mengganti DP yg udah kau kasih itu pembeli yg terhormat?tega kau menyuruh di kembalikan,##viral ##tiktokmedan##medanhit? original sound – Afniputrie

Sumber: Heppy08, Tribunnews

SKIP THIS AD ×