berita

[VIDEO] Terpisah Sejak Kecil, Pertemuan Bapa & Anak Undang Sebak, Bongkar Kisah Di Sebalik Perpisahan

March 1st, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Perpisahan mungkin adalah salah satu momen yang paling berat bagi setiap individu lebih-lebih lagi apabila melibatkan hubungan ibu bapa dan anak. Andai boleh dipertemukan semula, pastinya ia menjadi mimpi yang sangat indah.

Itulah yang dilalui oleh salah seorang peserta rancangan realiti yang dikenali dengan nama Saiful apabila dia akhirnya dipertemukan dengan bapa kandunganya yang telah terpisah sejak dari kecil lagi.

Kejutan dipertemukan dengan bapa kandung

Menerusi video yang dikongsikan semula oleh Abah Tam menerusi akaun TikTok memaparkan sedutan episod rancangan realiti yang bertajuk ‘Mikrofon Impian 2’. Rancangan realiti ini berkonsepkan pertandingan nyanyian dan bertujuan untuk mereliasikan impian para peserta termasuk yang memerlukan bantuan kewangan untuk melunaskan bebanan hutang.

Difahamkan, peserta iaitu Saiful ada meluahkan kepada juri tentang hasratnya untuk mencari bapa kandungnya setelah sekian lama terpisah. Namun tanpa disangka-sangka, hasrat Saiful akhirnya tercapai selepas pihak produksi membuat kejutan membawa bapa kandung Saiful yang dikenali dengan nama Shamri Parthiban Bin Abdullah ke pentas berkenaan.

Bapa menangis luahkan perasaan

Sebaik sahaja tiba di atas pentas, warga emas ini sudah tidak dapat menahan sebak dan mengalirkan air mata sementara Saiful kelihatan terkejut dan seakan tidak percaya selepas mendengar pengakuan lelaki tersebut. Namun, selepas melihat kad pengenalan lelaki itu, Saiful mengakui dia hanya tahu nama pertama bapanya sahaja. Malah, apa yang tidak diduga adalah segala maklumat diri dan identiti bapanya diberikan oleh ibu kandung Saiful sendiri.

Saya sebagai ayah mengikut perkembangan anak-anak saya melalui Facebook. Saya tahu tempat kerja anak saya Natrah. Saya tahu umurnya dan lain-lain. Segala perkembangan Saiful menjadi pemberita, DJ dan sebagainya. Sejak kecil sehingga sekarang.

Selepas mendengar penjelasan dari bapa, Saiful kemudian bersalaman dan mereka berdua berpelukan melepaskan rindu yang sudah lama terpendam.

Sebaknya…

@abahtamDari kecik terpisah dengan ayah kandung..macam tak percaya dia dapat jumpa ayah dia? ##mikrofonimpian2 ##fyp? ##fyp? original sound – Abah Tam

‘Dia terkejut, dari kecil tak jumpa’

Sumber: Abah Tam

SKIP THIS AD ×