berita

[VIDEO] Terpisah Selama 8 Bulan, Anak-Anak Teruja Sambut Kepulangan Bapa Untuk Deepavali Bikin Sebak!

November 16th, 2020 | by Zulaikha
Kini Trending

Dua hari lepas, negara kita baru sahaja menyambut perayaan Deepavali yang disambut dengan meriah oleh kaum India. Namun, di sebalik perayaan tersebut, tersingkap satu kisah sedih yang membuatkan ramai orang sebak.

Welcome back ‘Appa’

Menerusi video yang berdurasi kurang satu minit itu, memaparkan satu keluarga yang teruja menanti kepulangan ‘appanya’ (bapa) yang sekian lama tidak pulang ke rumah. Bapa yang baru sahaja pulang dari perantauan iaitu Singapura disambut ceria oleh anak-anak yang setia menanti di pintu rumah.

Lagi sebak, apabila mereka berpelukan antara satu sama lain, tanda ‘rindu’ yang telah terpendam selama ini. Reaksi mereka sekeluarga juga tidak dapat digambarkan, menunjukkan keutuhan dan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi antara satu sama lain.

Setelah lapan bulan berpisah, bapa sudah pulang ke rumah.

Difahamkan, ketua keluarga itu sudah lapan bulan berpisah dengan ahli keluarganya demi mencari rezeki di negeri jiran. Kepulangannya ketika itu bagi menyamput perayaan istimewa iaitu Deepavali. Terharu anak-anak dapat sambut Deepavali bersama ayahnya.

Sebak!

Menerusi ruangan balas, rata-rata warganet sebak melihat video tersebut. Tambahan pula, terdapat satu tweet yang menyatakan video tersebut persis seperti iklan ‘Petronas’ yang tidak pernah gagal membuat penontonya sebak melihat video tersebut.

Tidak berakhir di situ, terdapat juga netizen yang berpesan untuk menghargai momen-momen yang ada bersama keluarga tersayang.

Sumber: Arif Setia

SKIP THIS AD ×