berita

[VIDEO] Tersenyum Isteri Hamil Dapat Bau Tar Jalan, Warga Ibu Pula Kongsi Pengalaman Pernah Suka Cium Daging Mentah

October 5th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Mengidam dan ibu hamil sangat sinonim. Mengidam biasanya perasan keinginan yang terlalu tinggi untuk makanan atau melakukan sesuatu yang aneh.

Artikel Berkaitan: Nak Muntah Tengok Rumah Sendiri, Syatilla Suruh Shaheizy Sam Cari Hotel

Artikel Berkaitan: Tumpas Dengan Alahan Melugai Tengok Rumah, Shaheizy Sam Bawa Syatilla Melvin Duduk Hotel – ‘Sanggup Bawa Televisyen Supaya Tak Bosan’

Bini mengidam pelik

@nazirrkatimonApa perkara paling pelik waktu korang atau pasangan korang mengandung ?? original sound – AbangKurier

Ini pula kisah seorang suami yang mendedahkan permintaan pelik isteri tercinta yang sedang berbadan dua. Menurut lelaki yang dikenali dengan nama Nazir, isterinya mengidam bau cat atau bau tar jalan.

Pendedahan itu dibuat menerusi sebuah hantaran di akaun Tik Tok miliknya, @nazirrkatimon.

Bini aku ini mengandung lepastu sibuk nak bau tar takpun cat. Aku nampak orang buat jalan tar..aku pergi situ bawa bini.

Bini aku mengidam yang bukan-bukan tau. Haih selamat senang jumpa. Ini kalau minta yang bukan-bukan, aku pening cari.

Berdasarkan rakaman tersebut, isterinya tersenyum gembira sejurus tiba di lokasi itu.

Nasib tak mengidam Lamborghini

Hasil pemerhatian di komen, rata-rata netizen memberi pelbagai reaksi selepas menonton. Ada dalam kalangan ibu mengakui mereka pernah mengidam sama seperti isteri Nazir.

Malah, ada juga yang mengalami pengalaman mengidam benda-benda aneh daripada kebiasaan.

Sehingga artikel ini ditulis, video itu sudah mendapat hampir 300,00o tontonan dan 1151 komen daripada pengguna media sosial.

Sumber: TikTok @nazirrkatimon 

SKIP THIS AD ×