Pempengaruh media sosial dan usahawan, Hajar Hanif mendakwa telah dijatuhkan talak tiga selepas suaminya, Mikhail Issaq melafazkan taklik terhadapnya pada tahun 2017.
Artikel Berkaitan: ‘Kami Bercium..Terangsang & Buat Seks Di Rumah’ – Wanita Kelab Malam Bongkar Hubungan Dengan Influencer Berstatus Suami Orang?
Artikel Berkaitan: ‘Influencer’ Hajar Hanif Gelar Mikhail Lelaki ‘Narcisist’, Dakwa ‘Pusing Cerita’ Suruh Buat Test DNA Anak – ‘Tolong Bagitahu Dia Hukum Taklik’
Mohon ‘mangsa’ tampil
Menerusi satu video yang dikongsikan di TikTok, Hajar mendakwa suaminya itu berlaku curang bertahun-tahun lamanya namun perbuatan itu hanya diketahuinya beberapa hari lalu.
Kepada siapa yang belum faham apa yang terjadi, saya tertaklik dari tahun 2017 oleh si dia (Mikhail Isaaq). Kalau dia berkelakuan curang, bernafsu. ada perasaan suka atau seumpamanya, maka jatuhlah talak tiga.
Setelah nak dekat 7 tahun kami bersama, baru beberapa hari lepas saya dapat tahu dia curang dah cukup lama.
Susulan daripada itu, Hajar memohon kepada mana-mana wanita yang pernah menjalinkan hubungan dengan Mikhail Isaaq supaya tampil menceritakan perkara sebenar. Ujar Hajar lagi, disebabkan kecurangan itu juga membuatkan dia mula tertanya-tanya berhubung nasab anak sulungnya, Mikhail Darwish.
Jadi saya sekarang ni saya ada dua anak dengan dia dan saya tularkan video tu supaya korang yang pernah kena dengan dia, tolong lah datang cari saya. Cerita semua benda, tolong lah. Sebab sekarang ni saya tengah risau nasab anak pertama saya pula.
Selama 7 tahun ni, tak ada seorang pun yang berani beritahu saya. Saya betul-betul perlukan bantuan korang untuk nasab anak saya. Saya kenal betapa si dia ni sangat lah kejam dan sangat berani main dengan hukum hakam Allah SWT.
Tambah Hajar, pihak mahkamah juga tidak boleh melakukan apa-apa sekiranya tidak mempunyai bukti berhubungan kecurangan tersebut.
Video
@hajarhaniffMahkamah takkan boleh buat apa kalau tak berbukti. Dia akan menidakkan kes curang ni. Suruh sumpah laknat pun dia akan bersumpah. Yes he’s that kind of person. I hidup dengan dia i tahu Selama ni tak pernah menjaja cerita tentang dia. Sentiasa jaga aib dia. Tapi dia ni lain. Dia akan tetap kata baru talak 1. Hukum hakam tak boleh buat main macamni. Siapa kenal & pernah kena dengan sidia tolong dm i??? original sound – Hajar hanif
Sumber: Hajar Hanif