![[VIDEO] Tertidur Selepas Waktu Subuh, Adakah Berdosa? Ini Penjelasan Ustaz Azhar Idrus](https://asset.ohbulan.com/2025/10/uai.jpg)
Solat Subuh adalah salah satu ibadah paling mencabar bagi umat Islam dan tidak dinafikan ramai yang kadangkala terlelap sehingga melewatkan waktunya.
Persoalan yang sering timbul adalah, adakah perbuatan tertidur sehingga terlepas waktu Subuh ini dikira sebagai satu dosa?
Dua situasi berbeza
Dalam sebuah ceramah ringkas yang dimuat naik semula di TikTok, pendakwah terkenal Ustaz Azhar Idrus (UAI) memberikan penjelasan mengenai dua situasi yang berbeza berkaitan isu ini.
Menurut Ustaz Azhar, seseorang itu dikira berdosa jika dia telah terjaga dari tidur dalam waktu Subuh.
Hal ini kerana individu tersebut sudah sedar dan mengetahui bahawa waktu solat telah masuk. Apabila dia memilih untuk menyambung tidurnya sehingga waktu solat tamat, dia telah dengan sengaja meninggalkan kewajipan tersebut.
Dia tidur, dia bangun dah masa subuh. Dia tidur balik. Dia bangun-bangun pukul 8.00. Jawabnya, berdosa.
Sebab apa? Awak sudah bangun dalam waktu subuh. Siapa yang sudah bangun dalam waktu subuh dan dia sambung lagi tidur pula sampai habis waktu sembahyang, berdosa.
Bagaimanapun, keadaannya berbeza bagi seseorang yang tidur nyenyak sepanjang malam dan tidak terjaga langsung sehinggalah waktu Subuh telah berlalu.
Dalam kes ini, individu tersebut tidak dikira berdosa kerana dia tidak sedar dan tidak sengaja meninggalkan solat.
Yang tidak berdosa, dia tidur dari malam pukul 12.00, bangun-bangun pukul 8.00, tidak berdosa.
Namun, kewajipan untuk menggantikan (qada) solat yang tertinggal tetap harus dilaksanakan sebaik sahaja dia terjaga.
Sumber: TikTok








![[VIDEO] Dr Hasseenah Dedah Rawatan Kecantikan Wajah Tular Didakwa Haram & Bernajis](https://asset.ohbulan.com/2026/07/doktor.jpg)