berita

[VIDEO] Teruskan Tarian Walaupun Muzik Tiba-Tiba Berhenti, Kumpulan Penari Ini Dipuji

November 23rd, 2021 | by Iman
Kini Trending

Macam mana agaknya perasaan seorang penari apabila sedang rancak menari di hadapan tetamu namun tiba-tiba muzik yang dimainkan berhenti? Mesti kelam kabut! Nak teruskan tarian tanpa muzik atau berhenti. Itu yang dilalui oleh sekumpulan penari ini yang mengimbau kembali kenangan tidak dapat dilupakan itu menerusi satu perkongsian video di TikTok.

Lagu ‘terstop

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pemuda yang dikenali sebagai Jackyra retired di TikTok, dia berkongsi momen yang tidak akan dilupakan ketika sedang melakukan persembahan tarian di khalayak ramai termasuklah di hadapan VIP, lagu yang dimainkan terhenti secara tiba-tiba.

Lebih gementar, dewan yang sebelum ini riuh tiba-tiba senyap menjadikan suasana janggal seketika. Namun, ianya tidak menghalang mereka untuk meneruskan tarian tersebut seperti biasa sambil menyanyi sendiri lagu yang terhenti tadi. Sejurus persembahan tamat, mereka menerima pujian daripada tetamu yang hadir.

Bapak malu depan VIP tapi mereka cakap kami profesional

Video yang berdurasi selama 44 saat itu meraih lebih 707 ribu tontonan dan mendapat lebih 129 ribu tanda suka di TikTok.

Video penuh:

@jackrandomsbapak malu depan VIP but they said we were professional HAHAHAHAH? original sound – ??????? retired

Betul-betul profesional

Mengjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji mereka kerana bersikap profesional walaupun keadaan ketika itu sedikit janggal. Malah ada juga di antara mereka yang turut berkongsi pengalaman mereka sendiri ketika menghadapi situasi seperti itu.

Sumber: Jackyra retired

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×