Anggota kumpulan The Gadys, Thamiera Chan menjawab isu dirinya dan sepupu, Didi Astillah yang dikatakan pulang awal selepas menerima kritikan pedas daripada juri program Famili Duo 4 (FD4), Mas Idayu, pada minggu lalu.
Artikel Berkaitan: Viral Dengan Lagu ‘Cintaku Sampai Ke Ethiopia’, Thamiera The Gadys Sah Duo Didi Astillah Di FD4
Artikel Berkaitan: Punca Didi & Thamiera Pulang Awal Menjadi Tanda Tanya, Mas Idayu Tegur Sebab Sayang – ‘Susah Kalau Ambil Hati’
Terasa hati
Mengakui terasa hati dengan kejadian tersebut, Thamiera berkata dia juga manusia biasa yang mempunyai perasaan. Kata Thamiera, dia berhati tisu dan terlalu sensitif selepas mendengar komen Mas Idayu.
Ada sebab kenapa kami tak tunggu setelah selesai konsert. Kami ada masalah yang tak boleh nak elak. Didi ada urusan dengan konsert Sumandak Stars.
Saya pula terasa hati sedikit. Tipulah kalau saya tak terasa hati mendengar kritikan, saya juga manusia biasa. Ketika itu saya berhati tisu.
Thamiera berkata demikian ketika ditemui di majlis pembukaan butik Akemi Home Flagship yang diadakan di Sunway Pyramid, pada Jumaat.
Tak simpan rasa dendam
Bagaimanapun, Thamiera tidak menyimpan rasa dendam atau marah terhadap Mas Idayu. Sebaliknya, menganggap sebagai pembelajaran sebagai artis baharu dan akan melakukan yang terbaik untuk minggu keenam, malam ini.
Sebagai seorang artis baharu, memang saya terasa, tipu kalau tak terasa tetapi sejujurnya saya tak benci Mummy (Mas Idayu).
Selepas insiden itu, saya tak ada berhubung dengan Mummy tapi Mummy ada berpesan kepada Didi. Mummy berharap kami buat yang terbaik sahaja dan jangan berputus asa.
Tidaklah saya rasa marah atau menyimpan dendam. Untuk minggu ini, kami akan cuba melakukan yang terbaik, insya-Allah.
@ohbulanofficial Mummy tegur sebab sayang ?#ohbulan #news #fyp #thamiera #familiduo #terasa #masidayu ? original sound – OHBULAN!
Terdahulu, duo sepupu difahamkan pulang awal dan tidak bersama barisan kontestan lain semasa pengumuman juara minggu kelima Famili Duo Musim kelima.
Pasangan duo sepupu iaitu Didi dan Thamiera membawa lagu medley Bang Jono oleh Zaskia Gotik, Goyang Duma nyanyian Cita Citata dan Senggol-Senggolan nyanyian asal Mas Idayu pada minggu kelima FD4.
Bagi edisi kali ini, FD4 menggandingkan Janna Nick dan Sharif Zero sebagai hos manakala menampilkan gandingan baharu di kerusi juri iaitu Datuk Rosyam dan Mummy Mas Idayu.
Pemenang mingguan akan ditentukan oleh juri (70%) dan undian atas talian melalui Tonton (30%).
Duo juara mingguan akan memenangi hadiah berjumlah RM10,000 setiap minggu (7 episod pertama), dan juara pentas akhir FD4 akan memenangi hadiah RM100,000!
Untuk musim terbaharu, selain Didi dan Thamiera lima pasangan lagi yang turut berentap adalah Shiha Zikir & Ieda Zikir (adik-beradik), Zahid & Anne (adik-beradik), Ayie Floor 88 & Salma Asis (sepupu), Tomok & Sharul Kamal (sepupu) dan Naqiu & Joey Daud (sepupu).
FD4 bermula 20 Oktober 2024 ini dan bakal bersiaran pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam di TV3.
FD4 juga boleh distrim langsung secara HD melalui Tonton di www.tonton.com.my atau di aplikasi Tonton yang boleh dimuat turun dari Google Play atau App Store.