berita

[VIDEO] ‘Thank You Simpan Anak Abang’ – Fuad Rahman Teruja Nampak ‘Baby Bump’ Isteri

July 12th, 2023 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Penyanyi, Fuad Rahman kelihatan sangat gembira sebaik sahaja melihat ‘baby bump’ isterinya.

Tengoklah bapa dia besar

Menerusi video yang dimuat naik di Instagram Tom, Fuad mengakui bahawa dia sudah melihat perubahan yang berlaku terhadap bentuk badan isterinya. Ujar Fuad, ‘baby bump’ isterinya sudah mula kelihatan tatkala memakai gaun berwarna putih itu.

Ujar Tom pula, dia tidak sangka ‘baby bumpnya’ sudah mula kelihatan meskipun usia kandungan masih awal. Berbicara mengenai alahan, Tom memberitahu dia sudah berhenti tabiat merokok akibat berdepan masalah alahan teruk sepanjang kehamilannya kali ini.

Tidak tahan rasa loya terhadap bau asap. Meskipun alahan kali ini sangat teruk tetapi saya gembira kerana dapat berhenti merokok yang merupakan tabiat buruk. Saya hisap rokok sejak berumur 16 tahun dan akhirnya kini saya sudah seminggu tidak sentuh langsung. Alahan kali ini buat saya tidak boleh bau asap rokok.

Terdahulu, Fuad berkongsi berita gembira apabila Tom hamil anak pertama mereka selepas mengalami keguguran tiga bulan lalu.

Video

 

View this post on Instagram

 

A post shared by King Tom (@raja_king_tom)

Sumber: Tom

SKIP THIS AD ×