Majlis perkahwinan pasangan selebriti, Janna Nick dan Dini Schatzmann menjadi bualan hangat kerana dikatakan berkonsepkan barat.
Apa yang lagi mencuri perhatian adalah kehadiran pendakwah Ustaz Wadi Annuar sebagai pembaca doa di majlis mewah yang diadakan di Pulau Langkawi, Kedah.
Artikel Berkaitan: Janna Nick & Dini Schatzmann Sah Suami Isteri, RM2,703 Jadi Simbolik Tarikh Perkenalan
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Janna Nick ‘Terbangkan’ MUA Dari Thailand, Netizen Puji Naik Seri Pengantin – ‘Fresh Look & Natural’
Boleh jentik untuk berubah
View this post on Instagram
Sejak tular video Ustaz Wadi, netizen ‘amuk’ dan berpendapat Janna sepatutnya mempunyai ‘common sense’ menjemput agamawan itu memandangkan dia dan segelintir tetamu berpakaian tidak menutup aurat.
Susulan kecoh isu terbabit, penyanyi rap Caprice tampil mempertahankan Ustaz Wadi di Instagram (IG).
Kata Caprice, kedatangan Ustaz Wadi ke majlis ala barat itu tidak seharusnya timbul pertikaian kerana berkemungkinan boleh menjadi asbab kepada jemputan untuk berubah menjadi insan lebih baik.
Perkara ini kecoh di media sosial, ramai kecam dan ada PU yang cuba tegur Ustaz Wadi yang hadir pada perkahwinan ala barat Janna.
Kalau anda perasan, Ustaz Wadi memang cuba rapat dengan artis dan pempengaruh media sosial.. Bagi saya tiada masalah kerana perkara ini bagus.
Mana tahu disebabkan Ustaz Wadi terjentik hati artis-artis di Malaysia ini untuk cuba ubah ke arah lebih baik. Insya-Allah kita tak tahu.
Dalam pada itu, Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli menyatakan sebagai umat Islam harus sentiasa mendoakan yang terbaik untuk orang lain.
Pada yang marah dan kecam kenapa Ustaz Wadi hadir di majlis perkahwinan ala barat ini, kalau korang tak mahu ustaz baca doa, habis itu korang nak siapa yang baca doa?
Baguslah ada orang yang nak dia untuk kita. Kita semua sebagai umat Islam kena sentiasa doa yang terbaik untuk umat Islam termasuklah yang masih ‘jahat’ ini. Insya-Allah.
Terdahulu, portal media melaporkan kehadiran Ustaz Wadi yang hadir membaca doa dalam majlis perkahwinan Janna dan Dini mendapat pelbagai respon warganet.
Pada 10 Jun lalu, Janna sah menjadi isteri kepada Dini dalam majlis pernikahan yang diadakan di Masjid Aisyah yang terletak di Pulau Langkawi.
Dengan sekali lafaz, Dini menyerahkan mas kahwin RM2,703 yang menjadi simbolik tarikh perkenalan mereka pada 27 Mac 2019 dan juga seutas rantai emas.
Terdahulu, Janna menimbulkan spekulasi hubungan dengan Dini sudah berakhir apabila memuat naik perkongsian video memaparkan statusnya kini ‘single’ melalui hantaran di TikTok lalu ‘membawa diri’ ke Eropah.
Manakala, Dini memberitahu dia bakal mengumumkan status hubungan dengan Janna pada waktu yang sesuai.
Sekadar info, Dini dan Janna berkenalan ketika membintangi drama Bukan Cinta Aku dan serius menjalin hubungan cinta sejak 2019.
Sumber: Instagram