Sebelum ini, pelakon Rozita Che Wan mengakui sangat menitikberatkan penampilan anak-anak lelakinya, Ammar Effendy dan Aniq Ezzra ketika keluar ke mana saja.
Ujar Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta berkata, dia tidak membenarkan Ammar dan Aniq memakai selipar ketika keluar termasuk ke kedai serbaneka.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Zaman Sekarang Suami Orang Laku Keras’ – Rozita Che Wan
Artikel Berkaitan: ‘Che Ta Pergi Sekolah Pun Pakai Sarung Kaki, Lepak Kedai Mamak Pun Tidak’ – Ayu Raudhah
Artikel Berkaitan: ‘Saya Sudah Melakukan Banyak Kali Rayuan’ – Che Ta Sedih IG Kena Gantung
Kami yang siapkan baju
Di TikTok, Che Ta memuat naik sebuah video mengenai cara dia memilih serta menyuai padankan pakaian suami dan anak-anaknya yang akan bercuti selama empat hari.
Tiap-tiap kali anak kami nak melancong, kami yang siapkan baju. Selesaikan masalah dia orang. Biasalah mak dia pula rajin macam mana. Empat hari empat malam. Empat baju, empat kasut. Selesai.
Tambah Che Ta, apa yang dilakukan olehnya itu sekadar tugas sebagai seorang ibu sekali gus menyangkal dakwaan mengatakan anak-anaknya tidak tahu berdikari dan mengurus diri sendiri.
Orang cakap anak Che Ta tak berdikari ke? Eh tidak. Kami buat apa yang patut kami buat, kemas baju anak-anak.
Menerusi posting tersebut juga, ibu kepada tiga orang cahaya mata ini sempat menitip pesan buat dua anak lelakinya agar memilih isteri yang boleh menjaga penampilan mereka dengan baik.
Nanti hampa kalau dah menikah pandai-pandailah cari bini yang boleh jaga hampa pula. Jangan dok qeyau (menangis) dekat aku kalau bini buta warna nanti.
Video
@rozitachewan1 Semua mak2 nak bagi the best utk anak2 betui dak ? Nanti hampa dah menikah pandai2 laaaaa caqi bini yg boleh jaga hampa pulak??? jgn dok qeyau kat aku kalau bini buta warna nanti ???? . #ammar #cheta #rcw #rozitachewan #tudungbawalcheta #royalqueen #zsrcw #fyp
Sumber: Rozita Che Wan