Muncul isu relevan apabila trio lagenda, KRU mengumumkan penambahan hari ketiga untuk konsert GenKRU.
Walau bagaimanapun, mereka akui sokongan peminat yang tidak henti daripada awal kemunculan dalam industri sudah mencukupi.
Artikel Berkaitan: Konsert GenKRU Tambah Hari Lagi! – ‘Kami Buat Untuk Peminat’
Artikel Berkaitan: KRU Kembali! Bakal Keluarkan Album & Buat Konsert Jelajah Untuk Peminat – ‘Ini Bukan Comeback…’
KRU masih relevan?
Menjawab tentang isu relevan, Norman beranggapan ianya sesuatu yang biasa dalam industri muzik.
Ujarnya, setiap orang memiliki minat yang tersendiri.
Pertama sekali, saya rasa ada yang minat KRU, ada yang tidak.
Saya rasa itu komen-komen yang biasa.
Saya tak kisah apa orang nak cakap, sebab saya tahu kami relevan pada peminat kami. Itu yang paling penting.
Berkongsi lebih lanjut, Norman bersyukur dengan sambutan yang hangat daripada para peminat sehingga tiket konsert GenKRU habis terjual untuk hari pertama dan kedua.
Norman berkata demikian ketika ditemui OhBulan!, pada Sesi Apresiasi Media dan Pengumuman Istimewa GenKRU yang berlangsung di Mandarin Oriental Hotel, Kuala Lumpur pada Jumaat.
Harap lebih banyak artis berkumpulan
Dalam pada itu, Edry melihat terlalu banyak artis baru yang bergerak secara individu.
Ujarnya lebih, dia berharap generasi baru kembalikan zaman artis yang berkumpulan sekali gus dapat memeriahkan lagi industri tanah air.
Saya harap kita kembalikan era artis yang berkumpulan.
Terlalu banyak sangat individu yang bergerak solo.
Saya harap generasi baru ini buat kumpulan balik dan nampak sesuatu yang positif dalam KRU.
Perkongsian itu dipersetujui oleh Yusry yang menyakini artis berkumpulan akan sentiasa ada pasaran dalam industri hiburan.