berita

[VIDEO] ‘Tipah Tertipu!’ – Bila Ismail Izzani Singkirkan Kesemua Penyanyi Sebenar I Can See Your Voice, Serius Kelakar!

March 2nd, 2020 | by Amirul Asraf
Video Popular

Rancangan ‘I can See Your Voice Malaysia’ musim ketiga kini sudah masuk minggu ke-3 ditayangkan di kaca televisyen. Rancangan yang berunsurkan hiburan itu menyaksikan Shuk dan Sean Lee sebagai hos utama. Dalam episod ketiga yang berlangsung semalam, Ismail Izzani merupakan artis jemputan yang diundang.

Seperti biasa, pelbagai aksi melucukan telah terjadi di antara para hos, artis jemputan, ahli panel dan juga kesemua para peserta. Paling mencuri perhatian netizen, kesemua penyanyi sebenar disingkirkan oleh Ismail Izzani sebelum ke segmen terakhir. Sumpah kelakar!

3 penyanyi sebenar tersingkir

Dalam setiap episod ‘I Can See Your Voice Malaysia’ musim kali ini, artis jemputan akan memperoleh lebih banyak info mengenai para peserta berbanding musim terdahulu. Hal ini bertujuan untuk membantu dan mengelirukan artis jemputan dan para ahli panel penyiasat suara sumbang.

Sebagai artis jemputan di episod ke-3, Ismail Izzani diberi tanggungjawab untuk memilih penyanyi sebenar ataupun penyamar dalam kalangan 6 orang peserta. Peserta terakhir yang dapat bertahan, bakal berduet dengannya dan dikira sebagai pemenang. Malangnya, Ismail Izzani telah membuat pilihan yang salah apabila dia menyingkirkan semua penyanyi sebenar dan akhirnya tersalah memilih seorang daripada penyamar yang digelar pekerja khidmat pelanggan.

Mula-mula dah salah pilih

Rata-rata netizen ketawa dan menyatakan perasaan kelakar apabila Ismail Izzani memilih penyamar sebagai pasangan duet di akhir rancangan.

Sumber: TV9 Malaysia

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×